top of page

Harga ayam melambung akibat ura ura kerajaan import ayam dari luar?



Harga ayam meningkat dan kekurangan bekalan terjadi akibat lemahnya strategi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam mengumumkan pemansuhan Permit Import (AP) ayam bulan lalu.


Menurut aktivis media sosial KEADILAN, Zainurizzaman Moharam, pengumuman itu mungkin mempengaruhi penternak dalam merancang bekalan ayam, apatah lagi kerajaan tidak berunding dengan mereka terlebih dahlu.


"Banyak pihak beri kenyataan harga ayam naik berpunca daripada permintaan melebihi penawaran.


"Menteri, Pakar ekonomi, muslimat Pas, pelajar sekolah pun tahu mengenai teori ekonomi permintaan melebihi penawaran menyebabkan harga meningkat.


"Selain harga dedak naik, faktor cuaca dan sebagainya apakah punca sebenar kenaikan ini? Inilah yang rakyat perlu tahu


"Bulan lalu kerajaan mengumumkan untuk mengimport ayam beberapa juta ekor dari luar bagi menampung kekurangan bekalan. Masalahnya tiada sebarang perbincangan antara kerajaan dengan mana-mana persatuan (penternak swasta). Atau mana-mana penternak," katanya.


Perbincangan jika dilakukan, dakwa Zainurizzaman, mungkin hanya dengan beberapa pertubuhan di bawah kendali Kementerian Pertanian seperti Nafas yang mana abang Ismail Sabri, Zamri Yaakob menjadi pengerusinya, kerana Ismail pernah membayangkan pertubuhan itu perlu mengambil kesempatan untuk mengimport ayam.


Zainurizzaman berteori, saranan mengimport ayam itu menjadi menyebabkan penternak mengurangkan jumlah ternakan.


"Kerajaan mahu bawa masuk ayam dari luar jadi penternak bimbang akan berlaku lambakan belakan yang boleh merugikan mereka.


"Kemudian apa yang berlaku? Kerajaan gagal bawa masuk ayam yang dijanjikan kerana harga ayam import lebih mahal daripada ayam tempatan.


"Penternak sudah kurangkan pengeluaran tetapi kerajaan gagal bawa masuk ayam maka berlakulah permintaan melebihi penawaran," katanya.


Zainurizzaman bertanya kembali, adakah kerajaan BN yang bertindak semberono dalam isu ayam ini akan mampu mengawal harga berbanding kerajaan Pakatan Harapan yang berjaya mengekalkan harga ayam bulat sekitar RM7.00 selama dua tahun.


"Jadi ini salah siapa? Jawabnya salah Ismail Sabri dan keluarga Malaysianya. Siapa yang rugi? Rakyatlah yang menanggung," katanya lagi.


Justeru beliau mengingatkan agar rakyat lebih cerdik dalam Pilihan Raya Umum ke 15.


Sekiranya harga ayam pun tidak mampu dikawal oleh kerajaan BN - PN bagaimanakah, katanya, kerajaan itu mampu untuk menguruskan hal hal lebih rumit seperti menarik pelaburan asing atau mewujudkan pekerjaan Revolusi Industri 4.0 yang pasti tidak difahami oleh sebahagian besar Menteri di negara ini.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page