top of page

Haniff Hosman tekad terus khidmat di DUN Pulai Sebatang

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Jul 13
  • 1 min read
Haniff Hosman (kanan) sewaktu berkempen dalam PRN Johor baru baru ini
Haniff Hosman (kanan) sewaktu berkempen dalam PRN Johor baru baru ini

Mantan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman menyatakan komitmennya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat walaupun keputusan pilihanraya pada Sabtu lalu tidak memihak kepadanya.


Menerusi satu kenyataan, Haniff menzahirkan penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026.


"Terima kasih kepada semua pengundi di Pulai Sebatang, khususnya 9,786 pengundi yang telah memberikan undi, sokongan, doa serta kepercayaan sepanjang tempoh kempen.


"Setiap sokongan yang diterima amat bermakna dan menjadi sumber kekuatan sepanjang perjalanan sebagai calon dalam menghadapi pilihan raya," kata Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Johor itu.


Menerusi kenyataan sama beliau turut berharap hubungan silaturahim dan ukhuwah yang terjalin sepanjang kempen yang lalu akan terus diperkukuhkan, sekaligus menjadi asas kepada usaha bersama dalam membangunkan komuniti.

"Terima kasih Pulai Sebatang. Semoga kita bertemu lagi dalam khidmat kepada rakyat," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page