top of page

Gusar hilang mandat rakyat, KEADILAN tolak Tun M




Mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri (PM) ke-9 mungkin akan menghilangkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum ke 15.


Hal itu diakui oleh Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.


Katanya, Tun Mahathir telah melakukan kesilapan politik yang fatal ketika meletak jawatan PM sehingga kerajaan PH tumbang pada Februari lalu.


"Hakikat mengenai calon PM untuk dipersetujui bergantung kepada sifat tanggungjawab pemimpin tersebut.


"Kalau dah pernah diberi amanah rakyat tapi sewenang-wenangnya melepaskan jawatan dan mengakibatkan kemelut politik negara, mengapa harus kita mengambil risiko itu semula?


"Saya memang takut, takut akan kehilangan mandat rakyat. Jika ini pun tidak dapat dinilai oleh pemimpin komponen PH yang lain, maka jawablah di PRU ke-15 nanti," kata Farhash dalam satu kenyataan.


Semalam, Farhash membidas AMANAH dan DAP setelah Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dalam wawancara dengan Malaysiakini berkata mereka mahu KEADILAN memberikan jawapan yang tegas mengenai bekerjasama dengan Mahathir untuk mendapatkan kembali kuasa persekutuan.


Manakala hari ini Khalid mengingatkan Farhash bahawa kesetiaan AMANAH terhadap Anwar tidak perlu dipersoalkan. Katanya, AMANAH kekal mahu Anwar meneruskan perjuangannya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page