top of page

Golongan muda perlu lebih kritis tapis maklumat era AI

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
20 hours ago
1 min read
Mohd Najwan Halimi . Gambar arkib
Mohd Najwan Halimi . Gambar arkib

Golongan belia diseru lebih kritis menilai dan menapis maklumat di media sosial terutama dalam era kecerdasan buatan (AI) .


Mohd Najwan Halimi berkata akses kepada teknologi dan maklumat yang semakin luas perlu dimanfaatkan untuk meningkatkan pengetahuan, namun belia perlu menilai kandungan berdasarkan fakta bagi membezakan kandungan benar atau palsu


"Keupayaan ini semakin penting dalam era pasca-kebenaran (post-truth) apabila kandungan tidak benar boleh dipersembahkan sehingga kelihatan seperti benar.

"Jadi di situlah perlunya daya pemikiran yang lebih kritis, yang lebih mampan di mana anak-anak muda perlu untuk menjadi penilaian yang baik," katanya dipetik laporan media.


Najwan yang juga Exco Belia Negeri Selangor ditemui selepas menyempurnakan perasmian penutup Konvensyen Belia Selangor di Shah Alam, semalam.


Konvensyen disertai 543 peserta memberi penekanan kepada aspek intelektual. Antara topik diketengah merangkumi isu geopolitik, kepimpinan dan keusahawanan.


Mengulas lanjut mengenai acara tersebut, Najwan berkata, pengisian pada tahun ini adalah untuk memupuk perubahan paradigma pemikiran anak muda kita supaya mereka ini melihat dunia ini bukan hanya daripada satu sisi sahaja.


"Diharap pendekatan ini diharap melahirkan generasi muda yang mampu menggunakan teknologi secara berhemah serta menjadikan maklumat sebagai asas untuk membina pemikiran, bukannya menerima sesuatu kandungan tanpa membuat semakan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page