top of page

Gangguan seksual ahli sukan: Rina jawab segera bilakah Akta Gangguan Seksual akan direalisasikan?


Pendedahan bekas atlet renang negara, Cindy Ong mengenai dakwaan gangguan seksual yang berlaku kepada beliau dan rakan-rakan, dilakukan oleh jurulatih pada suatu ketika, wajar disiasat segera.


Bagaimanapun, menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir, kerajaan tidak boleh lepas tangan selepas penyiasatan dilakukan tetapi perlu mengambil tindakan konkrit meluluskan Rang Undang-Undang Akta Gangguan Seksual.


Akmal mempersoalkan Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rina Harun yang masih tidak menetapkan tarikh bilakah Akta Gangguan Seksual yang telah diusahakan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan sepatutnya dibentangkan pada Mac 2020 lalu, dapat direalisasikan.


"Hal ini amat penting susulan pendedahan menggemparkan dunia sukan tanah air oleh Saudari Cindy Ong terkait isu gangguan seksual sewaktu sesi latihan ketika beliau masih remaja yang mencemarkan imej negara.


"Sebagai atlet bertaraf dunia yang telah memenangi pelbagai kejuaran daripada Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), pastinya pendedahan ini akan menarik perhatian peminat sukan antarabangsa dan sekaligus mencalarkan imej Malaysia di pentas dunia.


"Di atas sebab itu, ianya menuntut suatu tindak balas yang proaktif dan tegas daripada kementerian berkaitan untuk menyiasat dakwaan Saudari Cindy yang secara tidak langsung memberi isyarat masih terdapat banyak lagi kes sebegini yang disenyapkan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru itu lagi, Kementerian Belia dan Sukan sudah tentu akan menjadi tumpuan untuk menjelaskan perkara tersebut, namun dalam masa sama kelompongan yang terdapat dalam perundangan negara juga perlu diberi perhatian serius kerana hingga kini masih tiada akta khusus berkaitan gangguan seksual walaupun sudah lebih 20 tahun ianya diperjuangkan.


"Oleh itu, Rina selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal penggubalan undang-undang berkaitan Akta Gangguan Seksual diminta untuk menjelaskan status usaha tersebut dan memberikan cadangan garis masa hingga RUU itu dapat direalisasikan.


"Mana-mana atlet yang pernah mengalami kejadian serupa juga diminta untuk tampil ke hadapan dan AMK Malaysia bersedia menawarkan pembelaan kepada mereka demi membersihkan industri sukan negara daripada gejala yang tidak sihat sebegini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page