top of page

Gabungan NGO Selangor - Kuala Lumpur bimbang kesan buruk darurat



Gabungan NGO-NGO berpusat di Selangor dan Kuala Lumpur bimbang terhadap kesan buruk yang timbul akibat perisytiharan darurat yang dilakukan oleh Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari lalu.


Menurut kenyataan gabungan NGO berkenaan, darurat akan merosakkan peranan semak dan imbang kerajaan di bawah sistem demokrasi dan bakal membuka ruang berlakunya ketidaktelusan dalam pentadbiran.


"Kami, NGO-NGO Kuala Lumpur - Selangor amat terkejut dengan pengumuman oleh PM Muhyiddin pada 12 Januari 2021 bahawa beliau telah menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat bagi seluruh negara bagi membendung lonjakan kes Covid-19 di negara ini.


"Kami sangat bimbang kesan darurat ini kepada peranan semak - imbang kepada Eksekutif kerajaan dan mendedahkan negara kepada salah guna kuasa eksekutif yang tidak terkawal.


"Juga kami mempertikaikan cadangan yang dikemukakan oleh PM dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika keabsahannya sebagai kerajaan dipersoalkan dengan penyusutan jumlah ahli Parlimen yang menyokong mereka. (Darurat) hanya menggambarkan keadaan terdesak kerajaan untuk terus kekal berkuasa," kata mereka dalam satu kenyataan.


NGO-NGO berkenaan bagaimanapun tidak mempertikaikan langkah tegas kerajaan membendung Covid 19 melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebagainya.


Namun bagi mereka, darurat adalah sesuatu yang ekstrem dan tidak wajar digunakan dalam memerangi wabak.


"Kami tidak mempertikai langkah munasabah yang diambil menangani Covid-19. Namun, kami menggesa tumpuan harus kepada isu kesihatan, kelengkapan termasuk peruntukan terhadap petugas barisan hadapan dan sebagainya.


"Kami mengambil pendirian menolak rasional serta alasan-alasan yang telah diberikan Tan Sri Muhyiddin bahawa kononnya kuasa-kuasa darurat diperlukan untuk menyelamatkan Malaysia dari Covid-19.


"Kami berpendapat undang-undang sedia ada, termasuk pelaksanaan PKP yang telah diumum sebelumnya, adalah mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak ini.


"Sebagai contoh, dalam isu mengambil alih hospital swasta untuk membantu dalam kes-kes Covid-19, hospital-hospital swasta ini memang bersedia membantu pihak kerajaan dan kuasa darurat tidak diperlukan.


"Kemelut ekonomi amat memperihatinkan manakala jumlah penganguran, kemiskinan dan kesenjangan bertambah. Darurat pastinya akan menyebabkan kedudukan ekonomi tambah meruncing," kata mereka lagi.


Gabungan NGO itu menganggap tindakan PM Muhyididn dan kerajaan PN telah tersasar jauh dalam menyampaikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong kerana darurat tidak terkait dengan permasalahan Covid-19, banjir atau ekonomi.


Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Persatuan Wanita Cakna Komuniti Kuala Lumpur (Cakna KL), Pertubuhan Angkatan Gerakan Kaum Wanita Kuala Lumpur (Anggerik), Pertubuhan Aktivis Sejahtera Kuala Lumpur dan Selangor (Sejahtera), Kelab Peduli Warga Kuala Lumpur dan Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara Malaysia (GMPN).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page