top of page

Felicia Poh tawar lebih peluang kerja untuk belia DUN Penggaram

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 days ago
  • 1 min read

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N.23 Penggaram, Felicia Poh (gambar) bertekad memperluaskan peluang pekerjaan serta merancakkan pembangunan ekonomi tempatan sekaligus menangani isu penghijrahan golongan belia dari Batu Pahat.


Menurut beliau, kekurangan peluang pekerjaan yang bersesuaian menjadi antara faktor utama ramai anak muda terpaksa meninggalkan kampung halaman demi membina masa depan yang lebih baik.


"Selepas tamat pengajian, saya sendiri pernah tertanya-tanya sama ada perlu meninggalkan kampung halaman untuk mencari peluang atau kekal membina kehidupan di sini.


"Ramai anak muda mempunyai impian dan potensi, tetapi kekurangan peluang serta akses kepada maklumat dan sokongan sering menjadi cabaran," katanya dipetik.


Berkongsi komitmennya menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini Felicia berkata, beliau turut berhasrat membantu penduduk mendapat akses kepada pelbagai bantuan serta inisiatif yang disediakan kerajaan.


"Saya mahu menjadi jambatan antara rakyat dengan kerajaan supaya lebih ramai penduduk mendapat manfaat daripada pelbagai bantuan yang disediakan.


"Pengalaman turun padang dalam aktiviti kemasyarakatan memahamkan saya kepada keperluan berbeza setiap lapisan masyarakat.


"Ramai ibu bapa mahu anak-anak membesar dalam persekitaran yang lebih baik, pasangan muda pula mengimpikan kehidupan yang lebih stabil, manakala warga emas mahu terus dihargai dan dijaga," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page