top of page

Fahami anjakan sentimen pengundi, bukan salahkan Anwar



Kekalahan mengejut Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak boleh diletakkan kesalahannya ke atas seseorang individu.


Menurut Timbalan Pengarah Strategik KEADILAN, Datuk Ramanan Ramakrishnan, isu yang paling penting difahami adalah anjakan sentimen pengundi. Hanya kajian ke atas isu tersebut katanya, akan menemukan solusi bagi menguatkan kembali PH.


"Sebaiknya kita mengambil pendekatan holistik mengenai keputusan PRN Melaka pada hujung minggu. Laungan untuk menukar kepimpinan amat membingungkan, memandangkan PH melaksanakan proses membuat keputusan secara kolektif. Di manakah persahabatan sekarang?


"Sifat seorang pemimpin yang berani dan tidak rasuah, yang mempunyai kemahiran berpidato hebat tidak boleh dijadikan modal semasa pilihan raya ini kerana kekangan SOP. Kita telah mendengar laporan mengenai pemimpin politik tertentu yang melanggar undang-undang tetapi PH tidak (melakukan tindakan) seperti mereka," katanya.


Sehubungan itu, Ramanan meminta pemimpin PH melihat secara fakta, jika pilihan raya Malaysia menggunakan sistem representation proportional yang banyak digunakan di negara maju maka kerusi PH sepatutnya lebih daripada 10, berdasarkan jumlah undi diterima BN sebanyak 122,741 dan undi PH 117,163.


"Lebih baik melihat angka untuk memahami peralihan sentimen undi dan peratusan keluar mengundi yang rendah.


"Bukan BN memperoleh undi yang besar tetapi PH kehilangan kelebihan berbanding pilihan raya lepas. Menyalahkan Ketua Pembangkang tidak menyelesaikan masalah apabila terdapat tiga pemimpin utama dalam gabungan PH terlibat dalam setiap keputusan yang dibuat.


"Beberapa pengundi PH kecewa dengan prestasi PH dalam Kerajaan Persekutuan terutamanya apabila Tun Mahathir gagal menunaikan manifesto pilihan raya termasuk menyerahkan jawatannya sebagai PM. Dia bertindak lebih jauh untuk melucutkan hak penyokong PH dengan meruntuhkan kerajaan," katanya.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu, PH juga menerima kesan kekecewaan rakyat berdasarkan prestasi buruk kepimpinan Bersatu ketika itu dan rakyat menganggap semua parti politik sama, hanya mementingkan diri sendiri.


Tanggapan itu, katanya, perlu diubah sebelum pilihan raya umum akan datang.


"Perasaan di lapangan, pengundi sudah bosan dengan ahli politik yang berkhidmat untuk diri sendiri di negara ini apabila lebih banyak isu mendesak di fikiran mereka termasuk pekerjaan, kos sara hidup dan ekonomi selepas pandemik. Pengundi di atas pagar nampaknya hilang harapan dan terdapat defisit kepercayaan yang besar terhadap PH selepas apa yang Mahathir lakukan.


"Berusaha menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kambing hitam apabila keputusannya tidak memihak kepada pembangkang bukanlah suatu tindakan yang bijak," katanya.


Ramanan juga mengingatkan pemimpin komponen PH kepada jasa jasa Anwar yang mengambilalih jawatan Pengerusi PH setelah kerosakan moral yang ditinggalkan Tun Mahathir


Katanya, kepimpinan PH seharusnya bertanggungjawab dan menerima tanggungjawab bersama sebagai satu pasukan jika ikhlas mahu menyembuhkan penyakit negara.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page