top of page

Elak pembaziran: Sistem saluran air tidak terawat industri bakal dibangun di Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 26
  • 1 min read

Kerajaan Negeri Selangor merancang membangunkan sistem paip kedua khas bagi menyalurkan air tidak terawat untuk kegunaan industri dan komersial.


Exco Infrastruktur Datuk Ir Izham Hashim (gambar) berkata, langkah itu selain memastikan kelangsungan air terawat untuk kegunaan rakyat sekaligus mengurangkan pembaziran sumber berkenaan.

Menurutnya, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) merancang untuk memisahkan saluran air terawat dan tidak terawat melalui sistem paip berbeza.


"Ketika ini kita hanya ada satu sistem paip, bermakna air terawat digunakan untuk minuman dan juga tujuan seperti mengepam tandas.


"Tiada pemisahan antara kegunaan domestik dan komersial. Bekalan juga datang daripada loji rawatan air yang sama, ini jelas satu pembaziran," katanya dipetik pada Sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini.


Ia sebagai menjawab pertanyaan ADN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran berhubung kewujudan sistem paip berasingan untuk keperluan kumbahan.


Dalam pada itu menurut Ir Izham, Air Selangor akan terus melaksanakan pelan jangka panjang bagi memastikan tekanan air kekal stabil, termasuk menggantikan paip lama serta menaik taraf rumah pam, takungan dan loji rawatan air.


Beliau berkata usaha meningkatkan kesalinghubungan sistem agihan air antara kawasan turut sedang dirangka.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page