top of page

DUN Kelantan perlu pastikan enakmen tidak langkaui kuasa negeri



Penghakiman petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu memperjelaskan kuasa undang undang tertakluk di bawah senarai Persekutuan dan negeri.


Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam kenyataan hari ini berkata, DUN Kelantan seharusnya menyedari had kuasa yang dibenarkan dalam menggubal undang undang, dan tidak meluluskan sebarang peruntukan yang berada dalam bidang kuasa Persekutuan.


"Untuk menggubal undang undang syariah, DUN tertakluk kuasanya yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Jadual ke 9 Perlembagaan menyenaraikan kuasa parlimen dan badan perundangan negeri.


"Ia juga tertakluk kepada kuasa yang diperuntukkan dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).


"Pembatalan 16 peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan memberi maksud bahawa sebelum sesuatu peruntukan digubal, DUN berperanan untuk memastikan setiap enakmen yang digubal itu tidak melampaui kuasa yang ada padanya," kata kenyataan tersebut.


JKSM turut mengingatkan mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan yang hampir sama pernah berlaku kepada kes Iki Putra Mubarak lawan Kerajaan Negeri Selangor & Anor (2021)3 CLJ 465 beberapa waktu dahulu.


Katanya, walaupun berlaku pembatalan 16 peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan namun kesalahan tersebut masih boleh didakwa menggunakan undang undang sivil.


"Walau bagaimanapun perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam masih lagi boleh diambil tindakan penguatkuasaan di bawah undang undang yang berkaitan seperti liwat di bawah Kanun Keseksaan, perbahasan halal di bawah Akta Perihal Dagangan dan sebagainya


"Keputusan ini juga dari satu segi boleh disifatkan sebagai satu pengukuhan dalam perundangan Islam di Malaysia apabila Mahkamah Persekutuan dalam penghakimannya menyatakan bahawa hukuman takzir yang terdapat dalam Mahkamah Syariah adalah selari dengan Kanun Keseksaan di Mahkamah Sivil. Dan indikasinya adalah menunjukkan telah wujud pengharmonian antara bidang kuasa sivil dan syariah," katanya.


Bagaimanapun, JKSM mengecam kenyataan provokasi pihak tidak bertanggungjawab yang mentohmah kononnya kesalahan sumbang mahram dan sebagainya boleh dilakukan orang Islam Kelantan kerana peruntukannya telah terbatal.


Sedangkan, kata JKSM, kesalahan sumbang mahram telah wujud dalam Kanun Keseksaan dan hukumannya juga lebih berat jika dibicarakan di Mahkamah Sivil berbanding hukuman dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang terikat dengan Akta 355.


Tegas JKSM lagi, dengan menggunakan perbicaraan di Mahkamah Sivil, kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam dan bukan Islam secara bersama juga boleh dibicarakan dan mendapat hukuman yang sama. Sebagai contoh sekiranya orang Islam dan bukan Islam terlibat dalam jenayah muncikari atau menjadi perantara perkhidmatan seks.


"Dengan adanya peruntukan di bawah Kanun Keseksaan kesalahan tersebut boleh dipertuduhkan kepada tertuduh dalam kalangan orang Islam dan bukan Islam.


"Contohnya kesalahan muncikari, apabila OKT orang Islam bekerjasama dengan bukan Islam. Keduanya boleh dibicarakan di Mahkamah Sivil. Berbanding jika kesalahan dibicarakan di Mahkamah Syariah, hanya orang Islam yang boleh dibicarakan. Orang bukan Islam tidak tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah," kata kenyataan itu lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page