top of page

Dua kenyataan palsu babitkan PH cuba kelirukan pengundi PRN Melaka

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Nov 15, 2021
1 min read


Dua kenyataan mengelirukan dimuat naik oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial kononnya dikeluarkan oleh Pakatan Harapan (PH) dan calon PH yang bertanding.


Difahamkan taktik mengelirukan tersebut disebar melalui aplikasi WhatsApp menggunakan 'perisian blasting' ke nombor nombor telefon pengundi di negeri Melaka bagi menggoyahkan keyakinan mereka menjelang 20 November ini.


Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Melaka tidak perlu terpengaruh dengan kenyataan yang berlegar di media sosial itu sebaliknya mereka perlu mencari dari sumber sahih PH.


"Saya diberitahu satu kenyataan media palsu sedang diedar melalui WhatsApp. Majlis Presiden tidak mengeluarkan kenyataan ini," katanya.


Kenyataan Majlis Presiden menyebut "PH Setuju Calon Timbalan Ketua Menteri Melaka dari DAP, bersifat Inklusif Untuk Semua"


Manakala kenyataan kedua berbentuk poster kononnya calon DUN Paya Rumput Datuk Seri Shamsul Iskandar berkata: "Kita tidak menolak kemungkinan tol Ayer Keroh akan dihapus jika PH diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri dalam PRN Melaka pada kali ini".











Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page