Draf RUU 355: Hanya modal propaganda Pas menjelang PRU 15 - Danish Hairudin



Janji Pas untuk mempergiat usaha menyediakan draf Rang Undang undang (RUU) 355 bagi pelaksanaan hukum hudud untuk meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah sebagaimana dinyatakan oleh Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari kelmarin lebih kepada propaganda parti itu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut Timbalan Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia, Danish Hairudin, janji tersebut juga bolehlah dikategorikan sebagai 'gula gula pilihan raya' kerana Pas tidak melakukan apa apa selama dua tahun sebagai Kerajaan Persekutuan dalam isu RUU 355.


"Apa Pas buat setelah lebih 2 tahun menjadi Kerajaan Persekutuan? Hanya menyediakan draf sahaja? Tiada sebarang halangan untuk Pas melaksanakannya (usul RUU355 ke Dewan Rakyat) kerana Pas sebahagian daripada Kerajaan Pesekutuan. Motif sebenarnya ialah kepentingan politik, maka RUU 355 telah digunakan sebagai alat propaganda politik Pas.


"Jika benar-benar Pas ikhlas dan yakin isu RUU 355 sebagai keperluan penting perundangan dan isu substantif, sudah pasti Kerajaan yang dianggotai Pas hari ini akan mengambil inisiatif memindanya (undang undang sedia ada)," katanya.

Danish Hairudin

Tegas Danish, Pas tidak perlu hipokrit dan menunggang isu RUU 355 sekali lagi sebagaimana sebelum PRU ke 14 lalu dengan perhimpunan bersama Umno di Padang Merbok, Kuala Lumpur.


Katanya, rakyat khususnya penyokong Pas tidak perlu sekali lagi terpengaruh dengan tawaran palsu parti agama itu. Tambahan pula, katanya, Pas sendiri pun tidak tegas dalam isu penghakiman terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak yang didapati bersalah merompak wang rakyat.


Ujar Danish, bagaimana Pas mahu memperkenalkan hukuman keras seperti hudud yang tumpuan utamanya ke atas jenayah curi dan rompak jika yang telah terbukti merompak pun mereka berdolak dalik untuk mengecamnya.


"Rakyat usah terpengaruh dengan politik usang ini. Mereka perlu segera kembali fokus kepada usaha menolak penguasa politik yang rasuah.  Bebanan kos sara hidup, kurang peluang pekerjaan serta kenaikkan inflasi 4.4% pada Julai adalah isu-isu sebenar yang cuba dialih pandang.


"Dalam isu jenayah, Pas sehingga ke hari ini masih berdiam diri mengenai kes yang Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah didapati bersalah atas kesalahan pecah amanah dan terdapat beberapa orang pemimpin Kerajaan yang telibat dalam salah laku rasuah.


"Mereka tidak amanah, tidak kompeten, jenis balun, boros dan bolot kekayaan negara. Apa komen Pas? Pas hanya diam membisu," katanya.


Oleh itu, Danish mahu penyokong Pas agar lebih cerdik dalam PRU 15 dan tidak diperbodohkan lagi dengan polemik RUU355.


"Kita harus berhenti daripada terus dipermain dengan polemik RUU 355 ini oleh golongan yang mahu mengekalkan kuasa dan mereka yang menyokong penguasa politik yang rasuah serta tidak amanah," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER