top of page

Dr Maszlee terima anugerah Sitara-i-Quaid-i-Azam daripada Pakistan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Aug 20
1 min read
Dr Maszlee (kiri) menerima anugerah Sitara-i-Quaid-i-Azam dari Pesuruhjaya Tinggi Pakistan Ke Malaysia
Dr Maszlee (kiri) menerima anugerah Sitara-i-Quaid-i-Azam dari Pesuruhjaya Tinggi Pakistan Ke Malaysia

Pengerusi International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Dr Maszlee Malik menerima penganugerahan Sitara-i-Quaid-i-Azam daripada Kerajaan Pakistan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam memperkukuh hubungan antara Pakistan dan Malaysia.


IAIS Malaysia dalam kenyataannya merakamkan penghargaan kepada Maszlee atas pengiktirafan berkenaan yang disifatkan sebagai penghormatan berprestij terhadap sumbangan beliau.


"Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr Maszlee Malik, Pengerusi International Institute of Advanced Islamic Studies Malaysia, atas penganugerahan Sitara-i-Quaid-i-Azam oleh Kerajaan Pakistan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam memperkukuh hubungan persahabatan dan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara Pakistan dan Malaysia," kata kenyataan itu.


Menurut IAIS Malaysia, penganugerahan tersebut mencerminkan pengiktirafan usaha Dr Maszlee dalam menyumbang kepada pengukuhan hubungan persahabatan serta hubungan dua hala antara kedua-dua negara.


"Satu penghormatan yang amat berprestij bagi satu sumbangan yang begitu bermakna," katanya.


Penganugerahan Sitara-i-Quaid-i-Azam merupakan satu daripada anugerah awam Pakistan yang diberikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan penting kepada negara serta hubungan antarabangsa.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page