DNS Selangor sedia terima usul kecam rejim Israel
- Suara Keadilan

- Oct 4
- 1 min read

Dewan Negeri Selangor (DNS) bersedia memberi ruang kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) membawa usul bagi mengutuk kekejaman rejim Zionis Israel pada persidangan yang dijadualkan berlangsung November depan.
Speaker DNS, Lau Weng San (gambar) berkata, pihaknya memberi kebebasan kepada ADN untuk membentangkan usul tersebut, terutama kerana ia membabitkan isu kemanusiaan di Gaza.
"Sidang DNS akan berlangsung pada 14 November, maksudnya ada sebulan lebih. Kita memberi kebebasan kepada ADN untuk membentangkan usul kekejaman rejim zionis," katanya dalam satu sidang media.
Beliau sebelumnya hadir ke sesi Pendengaran Awam Mengenai Perkembangan Terkini Terhadap Usaha Menangani Masalah Banjir di Klang di Wisma DNS di Shah Alam pada Jumaat.
Terdahulu, konvoi Global Sumud Flotila (GSF) disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara, termasuk Malaysia yang sedang dalam misi menghantar bantuan makanan kepada penduduk di Gaza, Palestin dipintas tentera Zionis.
Kementerian Luar memaklumkan bahawa 23 rakyat Malaysia ditahan tentera Israel dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.
Sementara itu Lau pada sidang media itu menyatakan harapan agar semua rakyat Malaysia terlibat dalam misi kemanusiaan di Gaza dibebaskan dalam keadaan selamat secepat mungkin.









Comments