top of page

DNAA Zahid: Hassan tuntut penjelasan Peguam Negara di parlimen


Oleh: Abdullah Zaid


Peguam Negara dituntut untuk memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Pembaharuan Institusi mengenai keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi baru baru ini.


Ahli Parlimen Hassan Abdul Karim (PH - Pasir Gudang) menuntut pihak Peguam Negara memberi penjelasan lanjut itu di Parlimen di atas tindakan DNAA ke atas kes Zahid melibatkan 47 pertuduhan rasuah.


"Saya kurang berpuas hati tentang perjalanan itu (menarik balik kes) dan Peguam Negara perlu pikul tanggungjawab dan amat sesuai JKPK (Pembaharuan Institusi) memanggil untuk dapatkan penjelasan (di Parlimen).


"Mesti datang, mesti datang. Nak jawab ada benda tak boleh disebut tapi mesti datang, ini select committee (Jawatankuasa) hak Parlimen (sebagai) satu badan integriti," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini. 


Dalam masa sama, wakil rakyat KEADILAN itu mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya dituduh terlibat dengan DNAA.


Sebagai sahabat, beliau yakin Perdana Menteri tidak pernah mencampuri urusan mahkamah seperti kes membabitkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan.


"Saya kongsi di sini, ada kalanya kesempatan untuk bercakap dengan Perdana Menteri secara peribadi.


"Saya pernah sebut kita tidak boleh campur hal mahkamah, kita mesti jaga independence on judisciary (kebebasan Kehakiman). Beliau setuju dan tidak mahu campur (urusan) mahkamah dan Peguam Negara.


"Malah apabila Pagoh dan Tasik Gelugor dituduh saya berhubung terus kepada beliau jangan aniaya lawan saingan politik kita, saya tidak setuju dan beliau menafikan.


"Sebaliknya, beliau (Perdana Menteri) dimaklumkan bahawa agensi-agensi penguatkuasa mempunyai evidence (bukti) yang kuat untuk diteruskan (pendakwaan)," ujarnya lagi.


Justeru, Hassan meminta Perdana Menteri menjelaskan perkara berkaitan DNAA menerusi sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), pada Selasa ini.


Katanya, sebagai anggota parti beliau boleh mempertahankannya, namun memohon supaya Ahli Parlimen Tambun itu menjelaskannya sendiri berkaitan kes Timbalan Perdana Menteri bagi menokhtahkan segala cakap-cakap berhubung isu itu.


"Saya akan pertahankan dalam dewan ini, tetapi untuk berlaku adil supaya sahabat-sahabat di blok pembangkang kami nak dengar dari Perdana Menteri sendiri supaya isu DNAA (melepas tanpa membebaskan) dinoktahkan dalam dewan ini juga," tegas Hassan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page