top of page

Dewan Terbuka KRT Kempadang Perdana perlu naik taraf - Fakhrul Anuar

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Aug 13
2 min read
Fakhrul (kanan sekali) meninjau kemudahan dewan KRT yang perlu dinaik taraf
Fakhrul (kanan sekali) meninjau kemudahan dewan KRT yang perlu dinaik taraf

Ahli Majlis Bandaraya Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi mengadakan lawatan ke Dewan Terbuka Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kempadang Perdana, Kuantan, Pahang bagi meninjau keadaan kemudahan komuniti tersebut, baru baru ini.


Tujuan lawatan untuk melihat keadaan dewan yang dikatakan dalam keadaan daif dan memerlukan penyelenggaraan segera bagi memastikan keselesaan serta keselamatan pengguna.


Fakhrul Anuar disambut oleh Pengerusi KRT Kempadang Perdana Sesi 2026-2029 yang baharu dilantik, Amansara Datuk Abu Samah bersama barisan Jawatankuasa Tertinggi KRT. Sepanjang lawatan, beliau meneliti beberapa bahagian dewan termasuk struktur bumbung, lantai, sistem pendawaian dan kemudahan asas yang didapati uzur akibat usia serta penggunaan berterusan.


"Kita tengok sendiri, memang dewan ni dah lama tak dinaik taraf. Banyak bahagian yang perlukan pembaikan segera supaya penduduk boleh guna dengan selamat untuk aktiviti kemasyarakatan, gotong-royong, kenduri dan program KRT," kata Fakhrul.


Dewan KRT perlukan naik taraf bagi memudahkan aktiviti penduduk setempat dilaksanakan
Dewan KRT perlukan naik taraf bagi memudahkan aktiviti penduduk setempat dilaksanakan

Beliau berjanji akan memanjangkan aduan KRT berkenaan penyelenggaraan pokok-pokok besar dan tua serta menaiktaraf kemudahan padang bola sepak awam di kawasan berkenaan.


Katanya, laporan penuh keadaan dewan akan dibawa ke mesyuarat Majlis Bandaraya Kuantan untuk tindakan susulan. Pihak beliau juga akan cuba menyalurkan permohonan baik pulih melalui inisiatif sedia ada di bawah Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) Kementerian Ekonomi.


"Komuniti KRT ini tulang belakang kejiranan. Kalau dewan pun tak selesa, susah nak anjur aktiviti. Kita akan usahakan supaya penyelenggaraan segera dapat dilaksanakan," ujarnya.


Amansara Abu Samah selaku pengerusi baharu KRT melahirkan penghargaan atas keprihatinan Ahli Majlis MBK turun padang pada awal sesi kepimpinan 2026-2029.


Beliau berharap kerjasama erat bersama MBK dapat mempercepatkan proses naik taraf dewan berkenaan demi manfaat warga Kempadang Perdana yang berada di dalam DUN Tanjung Lumpur Parlimen Kuantan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page