top of page

Deepavali perkukuh perpaduan, keharmonian – Saifuddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read

ree

Sempena sambutan Hari Deepavali, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) mengajak rakyat Malaysia untuk terus meraikan kepelbagaian budaya dan kepercayaan sebagai kekuatan utama dalam membina negara yang harmoni dan bersatu.


Dalam satu kenyataan, beliau mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu di seluruh negara yang meraikan Pesta Cahaya itu, sambil menzahirkan rasa syukur atas keharmonian masyarakat majmuk yang wujud di Malaysia.


"Kita di Malaysia beruntung hidup dalam masyarakat yang pelbagai, di sinilah kita belajar menghormati, memahami dan menghargai antara satu sama lain," katanya.


Saifuddin menegaskan bahawa sikap saling menghormati dan menerima perbezaan budaya serta agama dengan hati terbuka adalah asas kepada kestabilan negara.


"Apabila kita meraikan perbezaan dengan hati terbuka, kita sebenarnya sedang memperkukuh asas keharmonian dan perpaduan yang menjadi nadi Malaysia," ujarnya.


Beliau turut mendoakan agar sambutan Deepavali tahun ini membawa sinar kebahagiaan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat.


"Moga sambutan Deepavali tahun ini membawa ketenangan, kegembiraan dan kesejahteraan buat semua," katanya lagi.


Hari Deepavali disambut oleh masyarakat Hindu bagi memperingati kemenangan cahaya menentang kegelapan serta kebaikan mengatasi kejahatan, dan menjadi lambang semangat baharu untuk hidup dalam kedamaian serta perpaduan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page