top of page

Dakwa Mahathir di mahkamah tanda Reformasi berjaya


Oleh: Abdullah Zaid


Keadilan buat pejuang Reformasi yang melalui jerih perih ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Keempat sedikit terubat seiranya pemimpin itu dikenakan tindakan undang-undang.


Bagi Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam hanya dengan mendakwa Mahathir akan membuat rakyat melihat Reformasi yang dicetuskan 25 tahun lalu itu berjaya mencapai matlamat.


"Sehingga hari ini ramai yang menjadi mangsa Mahathir tapi sampai sekarang kita tak boleh heret Mahathir walaupun dah 25 tahun (Reformasi diperjuangkan).


"Bagi saya nak mengukur kejayaan Reformasi setidak-tidaknya kita kena heret dia ke mahkamah," katanya.


Beliau berkata demikian dalam forum Reformasi 25 Tahun di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), malam tadi.


Dalam masa sama, Lokman menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberi peluang dan jangka masa lebih lama dalam merealisasikan agenda Reformasi yang hendak dibawa.


Katanya, berbanding Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri (PM7) yang berkuasa penuh hasrat untuk membuat perubahan itu memerlukan langkah terperinci dan ketelitian ekoran keadaan politik semasa yang tidak menentu.


"Ada banyak Reformasi yang hendak dibawa oleh Anwar Ibrahim khususnya sistem perundangan negara.


"Tapi kita kena faham, semasa Mahathir (PM7) ambil alih kerajaan, tiada sebarang halangan (buat beliau melakukan apa pun) sebelum berhadapan dengan pilihanraya (dalam 5 tahun).


"Tetapi bila Datuk Sei Anwar ambil alih dalam tempoh enam bulan perlu berhadapan dengan enam pilihan raya negeri (PRN) jadi kita tak boleh suka-suka nak tukar AG (Peguam Negara) atau ‘Chief Justice’ (Ketua Hakim)," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page