top of page

Cubaan kerajaan sekat kritikan di Twitter langgar Perkara 10 Perlembagaan



Kerajaan Malaysia melanggar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan apabila melakukan cubaan untuk menyekat kritikan ke atas mereka di aplikasi Twitter baru baru ini.


Menurut penyelia pasukan undang undang Pejabat Presiden KEADILAN, Yusmadi Yusoff, percubaan seumpama itu tidak sewajarnya dilakukan oleh sebuah kerajaan demokrasi dan dilihat menindas hak bersuara rakyat sendiri.


"Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat permohonan kepada Twitter untuk membuang ciapan-ciapan yang mengkritik kerajaan dalam menangani banjir baru-baru ini bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.


"Kebebasan bersuara adalah asas kepada kewujudan demokrasi dan menghormati maruah manusia untuk menyatakan pendapat masing-masing.


"Kelemahan pengurusan dari pihak kerajaan tidak boleh “disenyapkan” dengan sewenang-wenangnya menyekat hak rakyat untuk mengungkap ketidakpuashatian mereka," katanya.


Yusmadi berkata, tidakan tidak terpuji oleh SKMM itu akhirnya dimalukan oleh pihak Twitter sendiri dengan menolak untuk mengikut arahan agensi kerajaan Malaysia sebaliknya mengekalkan polisi kebebasan bersuara syarikat berkenaan.


"Cubaan SKMM ini digagalkan oleh pihak Twitter kerana jelas suara-suara ciapan tersebut tidak melanggar sebarang bentuk undang-undang Malaysia. Kerana hak bersuara di platform media sosial inilah rakyat di seluruh pelusuk negara dapat berkongsi maklumat membantu mangsa banjir.


"Menteri Komunikasi dan Multimedia perlu dipertanggungjawabkan atas perlanggaran hak asasi digital. Ketakutan kepada kritikan membuktikan tahap kecekapan bekerja anda berada di tahap yang sangat memalukan. Ruang demokrasi rakyat di alam maya wajar dipertahankan dari mereka yang takut akan suara rakyat," katanya.


Justeru, Yusmadi berharap kerajaan BN lebih berlapang dada menerima kritikan selepas ini. Kelemahan mereka menangani bencana banjir tidak boleh ditutup sebaiknya perlu diperbaiki dengan meneliti kritikan kritikan rakyat berkenaan.


"Kerajaan harus sedar bangkai gajah tidak akan dapat ditutup dengan nyiru. Perkara yang secara terang-terangan dipertikaikan oleh rakyat kebanyakan, yang tidak mempunyai kepentingan politik seharusnya diambil kira sebagai bentuk semak imbang dalam pengurusan pentadbiran kerajaan.


"Fokuslah kepada penambahbaikan dan ambil kira pandangan orang ramai dalam pengurusan bencana ini," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page