top of page

Capaian rangkaian 5G lepasi 80%, syarikat telco lengkapkan ekuiti dalam DNB



Capaian rangkaian 5G di negara ini telah melepasi 80% liputan bagi kawasan berpenduduk.


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam sidang media petang ini. Katanya, capaian tersebut dianggap baik dan Jemaah Menteri yang bermesyuarat sebelumnya berpuas hati terhadap perkembangan berkenaan yang bakal meningkatkan penggunaan spektrum 5G dalam kalangan rakyat.


"Sehingga 30 April 2024, capaian rangkaian 5G bagi kawasan berpenduduk telah mencapai 81.5%.


"Dari segi penerima gunaan rangkaian 5G telah mencapai 39.2%, peningkatan 3.8% berbanding Mac lalu.


"Pada hujung April terdapat 13.2 juta akaun 5G di Malaysia. Ini pencapaian yang cukup positif. Dari segi dasar, pihak kerajaan dan badan kawal selia iaitu MCMC berjalan dengan baik," kata Fahmi.


Menurut beliau, penggunaan 5G bagi individu telah mencecah 12.78 juta akaun manakala bagi syarikat pula sebanyak 422,609 akaun.


Untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang kurang menggunakan 5G, kata Fahmi, kerajaan melalui MCMC dan MIDA akan menandatangani perjanjian persefahaman untuk membantu PMKS dalam mengembang luaskan penggunaan 5G untuk perniagaan mereka.


Setelah proses itu berjalan, langkah seterusnya adalah untuk syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) ataupun mobile network operators melengkapkan proses perjanjian langganan saham (SSA) pegangan ekuiti mereka dalam syarikat pembekal 5G tunggal negara, Digital Nasional Berhad (DNB).


"Jemaah Menteri telah dimaklumkan mesyuarat pertama DNB yang diadakan semalam dan wakil syarikat telco, setiap 5 syarikat diwakili seorang lembaga pengarah diberi 20 hari untuk buat beberapa keputusan, dan kita jangka selepas tempoh itu kita harap akan dilengkap dan dimuktamadkan pegangan ekuiti dalam DNB oleh syarikat telekomunikasi.


"Salah satu syarat dikenakan kepada telco yang ingin terlibat dalam rangkaian kedua ialah mereka mesti melengkapkan pegangan ekuiti dalam DNB, dan dalam tempoh masa tidak lama lagi MCMC akan mengumumkan proses tender yang membolehkan syarikat yang terlibat dalam bidaan kedua memasukkan bidaan masing masing.


"Prasyaratnya hanya syarikat yang telah melengkapkan SSA ini boleh masukkan tender. Ini langkah diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page