top of page

Cagar Caruman KWSP Pinjam Bank, Solusi Menang - Menang



Oleh: Danish Hairudin


ULASAN: Sesetengah pihak yang melatah dengan cadangan YAB Tambun agar simpanan KWSP dijadikan cagaran untuk pinjaman bank.


Pendukung Perikatan Nasional misalnya harus mendengar penggulungan Belanjawan 2023 oleh YAB Tambun itu bagi memahami secara menyeluruh. Belanjawan yang dibentangkan cukup inklusif bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara termaksuklah komitmen tuntas YAB Tambun untuk menoktahkan miskin tegar.


Negara bukan lagi dalam keadaan krisis


Pertama, cadangan untuk pengeluaran KWSP ketika ini tidak boleh kita samakan dengan keadaan sebelumnya. Hal ini kerana pelaksanaan sebelum ini adalah disebabkan negara berada dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang mana terdapat banyak sekatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan. Manakala keadaan sekarang berbeza apabila ekomomi negara, serantau dan dunia telah beroperasi seperti sediakala dan kitaran ekonomi mula berkembang tanpa sekatan.

Danish Hairudin

Apabila ekonomi mula berkembang, setiap daripada rakyat mempunyai ruang dan peluang untuk menjana pendapatan melalui perkerjaan ataupun berniaga secara skala kecil atau sederhana. Dalam Belanjawan 2023 juga telah memperuntukan sejumlah bajet bagi membantu para usahawan.


Kedua, pengeluaran KWSP tidak akan menyelesaikan masalah secara akar dan akan menjadi acara tahunan bagi politikus menunggang tanpa menyelesaikan masalah tunjang iaitu kos sara hidup dan inflasi. Ini jelas terbukti apabila 2 kali pengeluaran KWSP dibenarkan tetapi rakyat masih tersepit untuk kelangsungan hidup.


Usaha yang sedang dilakukan oleh YAB Tambun adalah untuk menyelesaikan masalah akar iaitu menangani kos sara hidup dan menjana pertumbuhan ekonomi tanpa rakyat bergantung kepada simpanan KWSP mereka. Matlamat Simpanan KWSP iaitu simpanan untuk hari tua akan menjadi satu malapetaka jika tidak dikawal sekarang.


Cagar KWSP dapat dua keuntungan


Mencagarkan caruman KWSP kepada bank boleh dilihat dengan analogi mudah. Misalnya, seorang pencarum telah kehilangan pekerjaan tetapi mempunyai simpanan KWSP. Beliau mempunyai perniagaan skala kecil sebelum ini dan ingin mengembangkan perniagaan kepada skala sederhana dengan membuat pinjaman RM10,000 kepada intistusi kewangan menambah modal bagi menjalankan perniagaan kedai makanan Menu RAHMAH.


Bayaran pinjaman bulanan beliau terhadap institusi kewangan dianggarkan RM116 sebulan selama 10 tahun. Jumlah yang dibayar adalah RM14,000 termasuk faedah.


Selepas 10 tahun, beliau dapat:


1. Perniagaan kedai makan

2. KWSP beliau akan menjadi RM15,500 termasuk pulangan KWSP bagi 5.5% setahun


Pelbagai usaha sedang dilakukan oleh Kerajaan pimpian YAB Tambun dalam membantu rakyat. Sekiranya terdapat mereka yang benar-benar memerlukan dana simpanan KWSP untuk kelangsungan kehidupan, maka boleh membuat cagaran kepada institusi kewangan di samping simpanan hari tua anda terjamin. Hal ini boleh mengelakkan anda terjerumus dalam kesempitan daripada usia muda sehingga ke hari tua.


_______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page