Berteraskan perjuangan berprinsip G Manivanan tawar diri tanding Naib Presiden KEADILAN



Cabaran untuk posisi Naib Presiden KEADILAN semakin rancak dengan pengumuman rasmi mantan Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Govin untuk bertanding kerusi berkenaan dalam Pemilihan KEADILAN 2022.


Melalui siaran video berdurasi 4.00 minit, Manivanan menyeru agar anggota KEADILAN memberi peluang kepada mana mana pemimpin yang setia dan memiliki komitmen tinggi terhadap parti untuk dicalonkan sebagai bakal pemimpin negara.


"Perubahan politik harus berlaku, perjuangan harus diteruskan. Pemimpin yang berprinsip, komited dan setia dalam perjuangan harus diberi ruang dan peluang.


"Jawatan merupakan satu amanat dan tanggungjawab. Kita memegang jawatan untuk berbakti kepada rakyat, bangsa dan negara berteraskan kejujuran dan dedikasi serta kredibiliti


"Berasaskan pedoman dan prinsip yang sama, saya Manivanan Gowin dengan redah diri menawarkan diri dalam pemilihan parti yang akan datang untuk bertanding jawatan Naib Presiden KEADILAN," katanya.


Sebelum itu, beliau mengingatkan anggota parti bahawa Malaysia merupakan negara yang kaya raya dan makmur namun kesukaran hidup rakyatnya bermula apabila membenarkan diri mereka dipecah dan diperintah oleh pemimpin politik yang mementingkan kelompok tertentu serta korup.


"Malaysia negara yang mempunyai masyarakat majmuk, kita dikurniakan pelbagai kekayaan muka bumi dan kekayaan semula jadi .


"Kita juga mempunyai kekayaan kepelbagaian, budaya, bahasa, adat istiadat, pakaian, makanan dan warisan.


"Kekayaan ini wajar diraikan bersama. Walaupun bibir sedap menutur, telinga gembira mendengar, ia bukan sesuatu yang mudah. Yang memisahkan kita semua bukan rakyat biasa tetapi ahli politik yang rakus, angkuh dan tamak kuasa," katanya.


Untuk itu, tegas Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia itu, rakyat haruslah memastikan negara ditadbir oleh parti politik yang benar benar membela hak semua kaum, telus dan berakauntabiliti.


Namun perjuangan untuk itu, katanya, harus bermula dengan Pemilihan KEADILAN 2022 dan memilih pemimpin yang tepat serta mampu memikul tanggungjawab.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER