top of page

Bersatu cadang pinda Akta Anti Lompat Parti: Senjata makan tuan?



Pemimpin Bersatu yang menyalahkan akta larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti atau Akta Anti Lompat Parti kononnya dipergunakan oleh Speaker dewan bagi mengelak Ahli Parlimen parti itu yang menyatakan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan kerusi yang disandang, tidak sedar 'kelebihan' dinikmati oleh kerajaan hari ini akibat 'kebijaksanaan' mereka ketika akta itu dirangka.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menganggotai jawatankuasa merangka akta berkenaan, pada peringkat awal KEADILAN mencadangkan perkara yang diutarakan Bersatu tersebut, iaitu mengosongkan kerusi mana mana Ahli Parlimen berubah sokongan.


Namun, katanya, pemimpin Bersatu dan Pas tidak bersetuju sehingga tidak dimasukkan ke dalam Rang Undang Undang (RUU) yang dibacakan di Dewan Rakyat.


"Saya menduduki jawatankuasa ini semasa digubal, mewakili Pakatan Harapan bersama Gobind Singh Deo dan Hanipa Maidin.


"Pendirian PH tindakan Ahli Parlimen bertindak bertentangan keputusan whip parti di dalam dewan (dalam perkara seperti undian bajet, usul undi tidak percaya dan apa-apa RUU yang memberi kesan kepada kedudukan kerajaan) adalah dikira hilang kerusi dan pilihan raya kecil diadakan.


"Juga Ahli Parlimen yang dipecat oleh parti kerana melanggar disiplin dan perlembagaan parti, dikira hilang kerusi.


"PN masa itu diwakili Hamzah dan Takiyuddin. PN tidak setuju dengan cadangan PH di atas," katanya dalam kenyataan.


Oleh kerana tidak mendapat kesepakatan, kata Saifuddin, pengerusi jawatankuasa membuat keputusan hanya memasukkan mana mana perkara yang mendapat persetujuan bersama secara konsensus.


"Wan Junaidi Tunku Jaafar sebagai pengerusi mengusulkan hanya cadangan yang mendapat konsensus semua parti yang akan dimasukkan," katanya.


Sehubungan itu, kata Saifuddin, Akta Anti lompat Parti tidak boleh bertindak kepada mana mana Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepada pihak yang berlawanan sebagaimana yang dituntut oleh KEADILAN sebelumnya.


"Akhirnya keadaan bagaimana yang dikira Ahli Parlimen hilang kerusi?


"Isytihar masuk parti lain. Isytihar jadi Ahli Parlimen Bebas. Isytihar sokong Perdana Menteri? Tidak hilang kerusi," kata Saifuddin lagi.


Semalam, Bersatu mendesak Akta Akti Lompat Parti dipinda untuk mengosongkan kerusi mana mana Ahli Parlimen yang berpaling tadah menyatakan sokongan kepada pihak bertentangan.


Dalam kenyataan kepada media, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin secara jelas merujuk kepada Spekaer Dewan Rakyat daripada KEADILAN yang didakwa menggunakan kedudukan Speaker sebagai orang berkepentingan KEADILAN mempengaruhi keputusan yang dibuat.


"Ini masalah yang kita bincangkan tadi bahawa Speaker dalam kes ini adalah orang yang berkepentingan yang mana beliau dari parti PKR," katanya dipetik Sinar Harian.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page