top of page

Beri subsidi kepada penternak, bukan import ayam dari luar - Sim Tze Tzin



Kerajaan BN terbukti tidak faham mengenai sekuriti makanan dan bagaimana caranya untuk menyelesaikan isu kenaikan harga ayam.


Menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, kerajaan tidak seharusnya menggunakan formula mengimport ayam untuk menurunkan harga, sebaliknya perlu menggalakkan pengeluaran lebih banyak ayam tempatan dengan memperkenalkan subsidi.


"Buat masa sekarang pengeluaran ayam untuk sebulan sebanyak 130,000 metrik tan.

 

"Saya mencadangkan diberi subsidi RM500 satu tan metrik atau 50 sen sekilo kepada para penternak supaya mereka meningkatkan pengeluaran. Kerajaan hanya perlu berbelanja RM65 juta sebulan.


"Saya cadangkan subsidi pengeluaran ini terhad kepada 3 bulan sehingga pengeluaran kembali ke tahap normal.


"Pendekatan ini pasti akan meningkatkan pengeluaran ayam dan menyelamatkan industri penternakan ayam. Negara juga tidak perlu bergantung kepada pengimportan," katanya.


Sebaliknya menurut Ahli Parlimen Bayan Baru itu, dengan menekan pengusaha ayam daging bertujuan merendahkan harga jualan RM8.90 sekilogram, ia menyebabkan lebih banyak pengusaha ternakan menutup perniagaan mereka dan memburukkan krisis bekalan ayam segar.


"Kawalan harga pada RM8.90 sekilo sehingga bulan Jun selama 121 hari amat luar biasa. Biasanya kawalan harga sekitar 2 minggu pada musim perayaan


"Kawalan harga yang terlalu panjang ini akan menjejaskan para penternak yang kini telah mengalami tekanan akibat kenaikan harga dedak dan kenaikan gaji pekerja.


"Kerugian yang berpanjangan mungkin mengakibatkan mereka keluar dari industri ternakan ayam


"Kerajaan harus faham masalah kenaikan harga ayam adalah masalah kos input iaitu kos dedak dan kos pekerja. Kerajaan sepatutnya tumpu kepada menyelasaikan masalah sebenar ini," katanya.


Sehubungan itu, Sim menyarankan agar strategi mengimport bekalan ayam tidak digunapakai sama sekali dalam menghadapi kekurangan bekalan.


Tegas beliau, strategi seperti itu telah pun digunakan sebelum ini dan tiada kesan jangka panjang dalam menyekat kenaikan harga bahan makanan negara.


"Kerajaan mengumumkan pemberian AP pengimportan ayam sejuk beku dan mengenakan kawalan harga ke atas jualan runcit ayam


"Dua pendekatan ini adalah tidak cerdik dan boleh diibaratkan sebagai “short term gain, long term pain”.

 

"Kebergantungan kepada import ayam akan meningkatkan jumlah import negara yang telah berada pada paras RM55 bilion setahun. Kebergantungan pengimportan ayam juga akan menjejaskan sekuriti makanan negara.


"Sikap "import lebih mudah" inilah juga menyebabkan industri pertanian negara selama ini tidak maju maju," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page