top of page

Bendera putih mungkin cara paling cepat minta bantuan - Rodziah Ismail


Kempen bendera putih meskipun dianggap menyerah kalah kepada Covid 19 dan kesukaran hidup akibat Perintah Kawalan Pergerakan namun ianya cara paling cepat untuk meminta bantuan.


Menurut Exco Perumahan & Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail, dengan menaikkan bendera maka jiran tertangga boleh memberi bantuan segera sebelum jentera kerajaan tiba.


"Saya sokong (kempen) bendera putih, itu yang paling cepat. Jiran nampak bendera putih maka dia akan terus bagi bantuan sementara menunggu pihak-pihak yang berkewajipan dan sebagainya.


"Katakanlah orang itu telah sakit dan terlantar. Apakah kita harap dia buat (minta bantuan) segalanya.


"Kita mesti laju melihat kaedah terbaik (menghulurkan bantuan). Jangan tengok yang lepas, mungkin tindakan tidak begitu pantas (dikira baik ketika itu)," katanya dalam forum maya Studio Keadilan yang dimoderatorkan Ketua Penerangan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, bertajuk: "#bendera putih: Malaysia Kian Parah?", malam tadi.


Menurut Ahli Dewan Negeri Batu Tiga itu lagi, kempen bendera putih boleh mengelakkan keadaan bertambah buruk seperti kelaparan atau keputus asaan.


Beliau membawakan contoh beberapa penduduk di kawasan Batu Tiga yang dikuarantin, dijanjikan bekalan makanan oleh kerajaan namun bantuan terlalu lembab sehingga ada keluarga hampir kebuluran.


"Semalam pukul 1 pagi saya menguruskan ambulan untuk ambil orang yang sudah 'melepek' (tidak makan) pakai gelang pink. 4 hari bekalan makanan sepatutnya dijanjikan oleh Kementerian Kesihatan.


"Sudah la tak makan, tak ada orang boleh ambil (kerana kuarantin). Bila panggil ambulan terpaksa tunggu giliran. Sedangkan ahli keluarga tersebut waktu kita hubungi sudah sukar hendak bernafas. Keseluruhannya pakai gelang pink.


"Dalam masalah ini, survival rakyat mesti diberi keutamaan. Kena segera. Kadang kala kepantasan itu melibatkan nyawa orang di bawah," katanya.


Beliau juga prihatin melihat angka bunuh diri pada suku pertama 2021 yang sudah mencecah 400 orang. Katanya, ketika Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, persoalan tekanan emosi diambil berat dengan membuka talian kaunserling dan menambah kaunselor. Sepatutnya hal itu dilipatgandakan oleh kerajaan PN ketika tekanan makin hebat akibat pandemik dan kemelesetan ekonomi.


"Orang sekarang stress, dia perlu bantuan psiko-sosial. Kementerian tidak beri keutamaan.


"Bagaimana kita nak mewujudkan banyak talian bantuan. Jangan fikir hotline rasmi sahaja.


"Kita boleh panggil rakan-rakan kita pakar psikologi atau dalam bidang kaunserling memberikan sedikit jalan keluar kepada masalah


"Dahulu kerajaan PH mewujudkan talian Kawan, talian Kasih dipertingkatkan tidak dengan 1, 2 kaunselor sahaja (ditambah lebih banyak)," katanya.


Megenai kes Covid 19 di Selangor yang terus tinggi dan dipolitikkan, Rodziah berkata, Kerajaan Negeri telah melakukan semampu yang boleh menyelamatkan rakyat.


Katanya, Selangor mempunyai jumlah penduduk tertinggi sebanyak 6.6 juta tidak termasuk warga asing.


Namun peruntukan vaksin dari Kerajaan Persekutuan kecil. Oleh itu Selangor membeli sendiri 2.2 juta dos vaksin untuk membolehkan 1.25 juta orang divaksin.


Antara yang jadi tumpuan adalah pekerja industri yang mana begitu banyak kluster Covid daripada sektor berkenaan sejak kebelakangan ini.


Selain itu, katanya kerajaan negeri juga memberikan vaksin kepada warga emas dan penjaja secara percuma.


"Kita tengok ramai menjaja tetapi mereka menjaja dengan tak semestinya berlesen. Kita vaksinkan juga yang tidak berlesen. Kita beri yang lama menunggu terutama warga emas. Di selangor ramai warga emas tidak divaksinkan. Sukarelawan juga diberi keutamaan.


"Kedua, MB telah umum 50,000 mula divaksin untuk kilang-kilang. InshaAllah kita jangka 1.25 juta boleh diselesaikan (vaksin) dalam 3 bulan dan kilang-kilang essential diutamakan," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page