top of page

Bencana Tahap 3, Menteri Persekutuan tidak pasti apa perlu dilakukan?



Pengurusan bencana yang lemah sehingga menyebabkan pada 48 jam pertama mangsa banjir di sesetengah kawasan di Selangor terkandas di rumah masing masing tanpa bantuan perlu dipertanggungjawabkan ke atas Kerajaan Persekutuan.


Menurut Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodzial Ismail, beberapa kawasan yang terjejas teruk di negeri itu telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai bencana Tahap 3 dan di bawah kuasa Menteri untuk mengendalikannya.


"Kerajaan Negeri jelas tahap kuasa. Kategori 1 di bawah kuasa Pegawai Daerah mempengerusikan dan memberi arahan. Di situlah semua pihak sama ada agensi Kerajaan Negeri atau pusat mengikut arahan.


"Tetapi bencana baru baru ini di Kelang misalnya telah diumumkan Menteri bencana Tahap 3. Jadi Tahap 3 sepatutnya bidang kuasa Menteri. Sekarang semua diambilalih Menteri, jadi apa arahannya? Apa kita perlu buat? Kenapa kita masih tidak dapat bantuan?


"Di sini kita rasa keliru. Memahami bidang kuasa itu penting tetapi bila telah diiktiraf kepada sesuatu pihak maka pihak itu perlu memainkan peranan yang baik.


"Yang biasa kita tangani adalah di Tahap 1 dan 2," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian, malam tadi.


Dalam pengkelasan bencana Majlis Keselamatan Negara (MNK) ditetapkan bidang kuasa bencana Tahap 1 di bawah kuasa Pegawai Daerah, Tahap 2 Setiausaha Kerajaan Negeri dan bidang kuasa Tahap 3 Menteri Persekutuan.


Bagaimanapun hal yang paling dibimbangi oleh Ahli Dewan Negeri Batu Tiga itu ialah Kerajaan Persekutuan tidak bersedia dan tidak tahu untuk mengeluarkan arahan terbaik dalam tempoh 48 jam pertama bencana berkenaan.


"Bagi saya koordinasi amat lemah. Saya bimbang perkara ini berlaku, pihak Kerajaan Persekutuan tidak pasti bagaimana untuk mengendalikan.


"Selain komunikasi, kita kena telus apakah masalah yang berlaku pada ketika itu. Saya sendiri menelefon pihak bomba, polis apa situasi sebenar, boleh sampai (bantuan) pukul berapa, ada atau tidak? Tetapi semua soalan itu tidak dijawab. Kita rasa hopeless.


"Bila saya buka helpline untuk membantu mangsa banjir, kita kata kami tidak boleh pergi ke kawasan yang airnya melepasi kepala. Kita perlu peralatan sesuai.


"Di Sri Muda setiap minit mangsa menelefon. Ada yang nak besalin, tiada orang. Di sini saya kesal segala pertolongan yang kita minta, ada atau tiada, boleh atau tidak (tidak berjawab). Itu saya rasa terkilan.


"Saya risau sikap tidak kompeten bila berlaku bencana," katanya.


Tegas Rodziah, hal yang sama juga berlaku dalam pandemik Covid 19 sebelum ini. Apabila Kerajaan Negeri memberi saranan kepada Kerajaan Persekutuan untuk melakukan sesuatu berhubung kawalan Covid maka hal itu lewat dilakukan.


Jelas Rodziah, tidak berlaku komunikasi buruk antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan sebagaimana dakwaan sesetengah pihak tetapi yang sering berlaku ialah tindakan yang lambat selepas komunikasi.


"Menteri Besar telah menefon Perdana Menteri (mengenai situasi banjir) dan memberitahu apa yang perlu diselesaikan segera, kita selalu berkomuniaksi. Yang kita mahu adalah tindakan.


"Contoh terputus laluan (jalan raya tidak boleh dilalui) tetapi kita tak nampak polis mengawal lalu lintas, sampai 8 jam orang terkandas.


"Takkan kita tidak boleh pikirkan kaedah? Atau menghantar helikopter ke tempat yang tidak boleh keluarkan mangsa (secara darat).


"Secara logiknya kita perlu fikir apa langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah dalam bidang kuasa masing masing," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page