top of page

Belanjawan PH: 10 teras utama bela kebajikan rakyat, baiki ekonomi negara



Pakatan Harapan (PH) melancarkan Dokumen Strategi Belanjawan Pakatan Harapan 2023 petang semalam yang menggariskan strategi alternatif kepada Belanjawan 2023 Kerajaan yang kurang mengutamakan rakyat dan pemulihan ekonomi negara.


Dokumen strategi itu menetapkan 10 teras utama yang perlu difokuskan ketika negara melongsor ke arah kemuraman ekonomi berikutan penurunan nilai matawang dan kenaikan inflasi.


Intipati 10 itu meliputi, Memperkasa Demokrasi Malaysia; Meningkatkan Daya Tahan Terhadap Ancaman pada Masa Depan; Menyokong Pemulihan Pasca-Covid; Merangsang Perdagangan dan Pelaburan; Pertahanan Negara; Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Wilayah yang Saksama; Sokongan bagi Penunggang dan Pemandu Gig; Memastikan Kehidupan dan Mobiliti; Pendidikan dan Memperkasakan Komuniti Terpinggir serta Rentan.


"Dalam isu pemulihan ekonomi, PH mengulangi cadangan kami sebelum ini untuk menggubal dua undang-undang, iaitu Akta Perolehan Kerajaan (GPA) dan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA)


"Kami juga menyeru Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk menerbitkan dokumen Pelan Tindakan Dasar Keselamatan Makanan Negara 2021-2025 demi kepentingan rakyat.


"Kami juga akan meningkatkan peruntukan bagi Subsidi Sektor Pertanian kepada RM3.5 bilion daripada RM2.5 bilion," kata dokumen strategi belanjawan berkenaan.


"Dalam isu penjagaan kesihatan, PH mencadangkan agar diperluas program perlindungan mySalam untuk penyakit kritikal dan kemasukan ke hospital turut merangkumi penilaian dan penjagaan kesihatan mental, termasuk kaunseling daripada golongan B40 dan M40.


"Juga mengembangkan Program PeKaB40 kepada M40," kata dokumen itu


PH juga akan memperkenalkan Ekonomi Hijau dan Daya Ketahanan Alam Sekitar yang meliputi pembiayaan hutan dalam mencipta kaedah penyerapan karbon untuk dijual dalam mengimbangi pelepasan karbon Malaysia atau Pemindahan Fiskal Ekologi (EFT), di mana hasil diagihkan semula dalam kalangan kerajaan Persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan.


Kerajaan juga perlu memperuntukkan tambahan RM2.5 bilion dalam program persediaan banjir di samping usaha

tebatan banjir. Dana bantuan untuk mangsa banjir perlu ditambah sehingga RM50,000 bagi setiap isi rumah terjejas.


Dalam menyokong pemulihan ekonomi pasca Covid 19, PH menyarankan untuk menyediakan geran padanan RM1 bilion bagi penyelesaian produktiviti khusus untuk PKS. Menggandakan Fasiliti Permodalan Semula Perniagaan Bank Negara Malaysia daripada RM1 bilion untuk menampung 1.3 juta PKS, juga potongan cukai kepada PKS.


Bagi membantu sektor pekebun kecil pula, PH mencadangkan geran RM500 juta kepada pekebun-pekebun kecil kelapa sawit untuk mencapai peningkatan produktiviti


"Salurkan sebahagian daripada levi keuntungan durian runtuh (WPL) daripada industri minyak sawit kepada dana pusingan permulaan hijau bernilai RM500 juta untuk industri dan khususnya pekebun kecil, untuk membiayai pensijilan mereka, dan inisiatif hijau kelestarian.


"Ini adalah keperluan teras untuk memastikan minyak sawit Malaysia mencapai status pensijilan kemampanan penuh dan pengiktirafan di pasaran antarabangsa.


"Mengembalikan levi untung durian runtuh untuk Sabah dan Sarawak kepada kadar asal 1.5% daripada kadar semasa 3%," kata dokumen itu.


Pertahanan negara yang terjejas dengan banyaknya skandal terus diberi tumpuan dengan program pemodenan pertahanan mengikut keperluan Angkatan Tentera berpandukan Kertas Putih Pertahanan yang diluluskan di Parlimen semasa Pentadbiran

Pakatan Harapan pada tahun 2019.


"PH akan menggubal Akta Perolehan Kerajaan dan merombak Proses Perolehan Pertahanan untuk melindungi daripada ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa.


"Insentif khas RM1,000 untuk 120,000 pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) juga akan diluluskan.

"PH akan membentuk Jawatankuasa Dwipartisan Parlimen untuk mengkaji semula faedah veteran berpencen dan veteran tidak berpencen, dan peluang pekerjaan pasca perkhidmatan," kata kenyataan itu


Bagi pekerja ekonomi gig pula PH akan menubuhkan badan kawal selia untuk menyelesaikan isu yang melibatkan penunggang

gig dan pemandu, serta berfungsi sebagai penghubung antara pihak berkepentingan dalam industri.


"PH akan wujudkan "Kontrak Perjanjian" antara pekerja dalam ekonomi gig dan penyedia platform, yang meliputi peruntukan untuk melindungi mereka daripada eksploitasi.


"Memanjangkan Skim Keselamatan Sosial Bekerja Sendiri (SOCSO) semasa di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tahun 2023, dan pemerkasaan skim I-Saraan KWSP," kata dokumen itu lagi.


Pengangkutan awam mendapat perhatian dokumen strategi Belanajwan PH dengan Memberi insentif kepada pengguna baharu untuk memilih pengangkutan awam dengan e-baucar first-and-last-mile.


Prasarana (syarikat pengangkutan milik kerajaan) juga boleh bekerjasama dengan platform e-wallet lain untuk menawarkan promosi pas bulanan RapidKL kepada pengguna yang belum menggunakannya.


"Diskaun tambang MRT2 sebanyak 80% sempena landasan yang baru dilancarkan akan diberi sebagai galakan pertukaran daripada kenderaan peribadi kepada pengangkutan awam


"Dalam usaha memperkasakan ekonomi kaum terpinggir seperti India dan Orang Asli, program mikrokredit seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), yang diadaptasi daripada pendekatan Bank Grameen, berpotensi meningkatkan pendapatan golongan miskin dan mengurangkan kemiskinan.


"Oleh itu, kami menyeru peruntukan RM2 bilion untuk program mikrokredit AIM untuk membasmi kemiskinan di seluruh negara dengan memberi tumpuan kepada wilayah Sabah dan Sarawak, serta negeri Kelantan, Kedah, dan Terenggan


"RM300 juta untuk MITRA dengan kuota minimum 40% untuk wanita dan OKU – latihan kemahiran, geran untuk perniagaan kecil, industri di rumah.


"Geran RM400 juta dan penempatan untuk latihan TVET dan vokasional untuk belia daripada komuniti-komuniti ini.


"RM100 juta untuk membantu kanak-kanak B40 dan keluarga pekerja estet yang kehilangan tempat tinggal untuk pendidikan berterusan serta RM100 juta untuk pinjaman perumahan untuk pekerja estet yang kehilangan tempat

tinggal dan B40 untuk membeli rumah pertama melalui skim "sewa untuk dimiliki"," kata dokumen itu lagi.


Dokumen lanjut boleh dilihat melalui PDF ini:

Dokumen Strategi Belanjawan Pakatan Harapan 2023
.pdf
Download PDF • 264KB

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page