top of page

Belanjawan 2026 perkukuh ekosistem keusahawanan, perluas peluang ekonomi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 11
  • 1 min read

ree

Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Selangor menyambut baik pembentangan Belanjawan MADANI 2026 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkan sebagai belanjawan seimbang antara pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat.


Pengerusinya, Mohd Yahya Mat Sahri (gambar), berkata DPIM Selangor menyokong sepenuhnya pendekatan Malaysia MADANI yang menjadi teras kepada Belanjawan 2026, khususnya dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan dan memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).


"DPIM Selangor menyokong penuh pendekatan berteraskan nilai Malaysia MADANI yang memberi penekanan kepada keberkesanan, ketelusan dan tanggungjawab sosialkhususnya dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan, memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), serta memperluas peluang ekonomi untuk umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Menurut beliau, langkah-langkah strategik yang diumumkan kerajaan akan memberi impak positif terhadap pembangunan ekonomi negara, selain membuka ruang pelaburan baharu di peringkat domestik dan antarabangsa.


"Kami yakin langkah-langkah strategik yang diumumkan akan memperkukuh daya tahan ekonomi negara, merancakkan pelaburan, serta memperkukuh jaringan perdagangan domestik dan antarabangsa," ujarnya.


Mohd Yahya turut menegaskan bahawa DPIM Selangor akan terus menjadi rakan strategik kerajaan dalam memastikan manfaat belanjawan ini dapat dirasai oleh usahawan di peringkat akar umbi serta komuniti perniagaan tempatan.


"DPIM Selangor akan terus menjadi rakan strategik kerajaan dalam memastikan manfaat belanjawan ini sampai kepada akar umbi usahawan dan komuniti perniagaan tempatan," katanya.


Beliau turut menyifatkan Belanjawan 2026 bukan sekadar dokumen angka, tetapi cerminan tekad kerajaan untuk membina negara bangsa yang sejahtera, inklusif dan berdaya saing.


"Belanjawan ini bukan sekadar angka, tetapi cerminan tekad membina negara bangsa yang sejahtera dan berdaya saing," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page