Wanita KEADILAN dalam menyuasat Mesyuarat Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) menyambut baik impak positif Memorandum Perfahaman (MoU) di antara Kerajaan Malaysia dan Pakatan Harapan (PH), terutamanya sesi libat urus membentangkan cadangan Belanjawan 2022 kepada Kementerian Kewangan.
Menurut Ketua Wanita KEADILAN Fuziah Salleh, penambahbaikan Belanjawan 2022 itu sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat akan memberi banyak manfaat kepada rakyat.
"Wanita KEADILAN turut memfokuskan pelan pemulihan ekonomi dan kelangsungan hidup rakyat dalam situasi "hidup bersama Covid-19".
"Kami menuntut agar kerajaan mengaplikasikan format serta konsep ‘Bajet responsif gender’ yang ternyata cukup signifikan dalam Belanjawan 2022 pada sesi libat urus bersama Menteri Kewangan 21 September 2021.
"Dengan pendekatan bajet responsif gender, kita mampu memberikan sekuriti perlindungan dan memperkasa ekonomi golongan rentan termasuk kemiskinan ketua isi rumah wanita, kemiskinan multidimensi di kalangan kanak-kanak, dan isu beban bertindan di kalangan wanita dalam keluarga," katanya.
Selain itu, Wanita KEADILAN juga, tambah Fuziah membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 yang memberi kesan kepada kepada golongan rentan khususnya wanita dan kanak-kanak serta peningkatan keganasan berasaskan gender yang kian meningkat.
Mesyuarat itu turut menggesa agar kerajaan Perikatan Nasional 2.0 menyederakan pengiktirafan kewarganegaraan bayi berasaskan warganegara ibunya dalam perkahwinan bersama lelaki bukan warganegara.
"Kami mendesak kerajaan merealisasikan segera kesaksamaan gender dengan mengiktiraf kewarganegaraan bayi kelahiran wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing di luar negara.
"Pendirian ini adalah selari dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat dimensi kesaksamaan dan menghapuskan diskriminasi gender," kata Fuziah lagi.
コメント