top of page

Belanjawan 2022: Mengapa Sarawak dapat RM4.6 bilion sedangkan Semenanjung RM322 bilion?



Belanjawan 2022 gagal mengagihkan peruntukan yang adil dan saksama kepada ke semua negeri, terutama di Malaysia Timur.


Menurut kenyataan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, ketidakseimbangan jelas terlihat apabila peruntukan yang diterima secara keseluruhan bagi Semenanjung Malaysia berjumlah RM322 bilion namun bagi Sarawak hanya sekitar RM4.6 bilion.


Hal itu, kata kenyataan tersebut tidak langsung membantu membangunkan Sarawak yang masih mundur berbanding Semenanjung.


"KEADILAN Sarawak meneliti jumlah diperuntukkan untuk Sarawak iaitu RM4.6 bilion sahaja manakala Sabah RM5.2 bilion. Bagi pemimpin Kerajaan di peringkat pusat dan negeri Sarawak, mereka merasa sangat gembira dengan jumlah bajet 2022 untuk Sarawak ini.


"Namun rata-rata penduduk Sarawak dan Sabah meluahkan perasaan tidak berpuas hati dengan jumlah yang diperuntukan oleh BN-PN-GPS ini seperti tular di media sosial.


"Bagi MPN Sarawak, kita menekankan tentang jumlah peruntukan yang diterima oleh Semenanjung, Sabah dan Sarawak jika dibuat perbandingan, Semenanjung keseluruhannya menerima sejumlah RM322 bilion iaitu 96.9 % dari keseluruhan peruntukkan Bajet 2022. Manakala Sarawak mendapat RM4.6 bilion dan Sabah menerima RM5.2 bilion, iaitu kurang dari 4 peratus


"RM4.6 bilion untuk Sarawak jauh daripada wajar memandang Sarawak masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan dan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo pun diancam terbengkalai kerana kontraktor-kontraktor mengalami masalah kewangan," kata kenyataan itu.


Menurut MPN Sarawak lagi, andainya ditambah peruntukan mengikut kementerian bagi menangani isu kemunduran negeri sekali pun belum tentu Sarawak akan mendapat kelebihan.


Kata mereka, nilai akhir yang akan sampai kepada rakyat juga seperti yang dimaklum umum akan jauh daripada yang memuaskan setelah melalui beberapa lapisan sistem penyampaian yang dibolosi rasuah dan ketirisan.


"Sewajarnya Sarawak harus mendapat peruntukan RM25.5 bilion khas untuk pembangunan itu pun sekiranya Sarawak diperakui sebagai satu daripada 13 negeri dalam Persekutuan Malaysia.


"Selayaknya, apabila dikira sebagai rakan kongsi seperti di dalam Perjanjian Malaysia (MA63), Sarawak harus mendapat satu pertiga daripada peruntukan tahunan Belanjawan Nasional setiap tahun. Ini memerlukan tekad politik dan kejujuran semua pihak tanpa persoalan untuk membangunkan Sarawak dan Sabah setara dengan kemajuan Semenanjung.


"Setelah tercicir selama 58 tahun, pembangunan Sarawak seharusnya dipercepatkan untuk keluar daripada belenggu kemiskinan. Sarawak adalah penyumbang utama kepada perbendaharaan negara daripada hasil gas, petrolium serta pelbagai sumber alam yang lain dan harus menjadi negeri yang kaya dan maju," kata mereka.


Bagamanapun MPN sarawak tidak dapat menerima sikap Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang tidak langsung bersungguh-sungguh mahu meningkatkan peruntukan kepada negeri Borneo berkenaan, sebaliknya pasrah dianaktirikan oleh kerajaan pusat.


"Yang pelik sekali apabila GPS hanya terpekik membantah cadangan Belanjawan Pakatan Harapan walaupun dengan jumlah lebih kurang RM32 billion untuk Sarawak pada 2019.


"Selama BN berkuasa dan kini Kerajaan PN menteri dan pemimpin GPS hanya senyap seribu bahasa. Kita dapat agak bahawa mereka akan hanya menyembah dengan segala pujian kepada Kerajaan gagal pintu belakang ini," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Naib Pengerusi MPN Sarawak Dr. Michael Teo Yu Keng, Penasihat MPN Sarawak Datuk Sri Hajah Hafsah Harun, Pemangku Pengerusi MPN Sarawak Abang Zulkifli Abang Engkeh, Naib Pengerusi KEADILAN Sarawak Roland Engan dan Setiausaha MPN KEADILAN Sarawak Joshua Jabeng.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page