top of page

Belanjawan 2021 mesti berasaskan data, bukannya dari imaginasi


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan Belanjawan 2021 sebagai bajet yang dipenuhi dengan 'creative imaginary numbers'.


Beliau berpandangan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang disasarkan oleh kerajaan tidak masuk akal jika dibandingkan dengan situasi ekonomi negara ketika ini.


"KDNK tahun depan dianggarkan tumbuh segar 6.5-7.5 peratus, tetapi laporan ekonomi setakat suku kedua tahun ini menyatakan kita mengalami -17 peratus, paling teruk dalam kalangan negara Asean.


"Jadi untuk muncul begitu bagus pertumbuhannya tahun depan ini, sudah tentu ekonomi negara istilahnya mestilah V-shape, tapi apakah unjuran itu menuju ke arah itu.


Justeru, ketika sesi menggulung nanti, menteri kewangan mesti jelaskan sebab zaman kerajaan 'can't do no wrong sudah berakhir, zaman kerajaan 'know-it-all attitude' dah berakhir," katanya ketika perbahasan di Dewan Rakyat.


Beliau juga meminta menteri kewangan supaya mendedahkan sektor dan industri mana yang akan mencatatkan pertumbuhan pesat dalam tempoh setahun akan datang.


"Beri angka, beri data, beri rujukan sebab apa yang dibekalkan kepada kita adalah angka Belanjawan 2021 dan apabila kita semak angka itu, tak mungkin berlaku seperti mana yang diunjurkan.


"Kita ada revenue, income, macam corporate income tax yang ketika ekonomi lesu dan malap, macam mana boleh diunjurkan meningkat sedangkan sektor pertumbuhan ekonomi yang menyumbang kepada KDNK itu sendiri terkial-kial.


"Menteri Kewangan mesti tampil dan beritahu sektor mana yang menyumbang kepada KDNK dan dianggap tumbuh positif kepada angka yang sangat membanggakan, dia kena sebut satu-satu," katanya.


Pada masa sama, Saifuddin mencadangkan tiga kunci utama untuk memulihkan ekonomi negara.


"Kuncinya ada tiga, ketika dialog dengan menteri kewangan, kami sokong bajet yang mengembang sebab ketika krisis, kerajaan mesti berbelanja lebih supaya duit beredar dalam pasaran dan duit ini apabila bagi orang mereka akan berbelanja, duit itu akan mengalir.


"Kalau bagi dekat orang kaya dia guna untuk 'leisure', dia akan 'invest', jadi untuk rancakkan ekonomi, duit kena masuk kocek rakyat dan ini kita sokong," katanya.


Kunci kedua adalah mengalihkan perbelanjaan kepada sektor yang mampu memberikan impak yang segera dalam jangka panjang terhadap ekonomi negara.


"Sebagai contoh, bidang pembinaan yang dapat RM25 bilion saya anggap non-productive sebab impaknya hanya jangka pendek.


"Sektor pertanian cuma dapat RM190 juta dan mempunyai pinjaman RM220 juta, itu 0.12 peratus dari peruntukan keseluruhan.


"Sedangkan import makanan negara nilainya RM54 bil. Alangkah baik kalau bajet tahun depan itu mengambil kira sasaran kecukupan beras tempatan. Rakyat makan 3 juta tan beras, 2 juta kita tanam sendiri dan 1 juta lagi beli dari luar.


"Kalau bajet tahun depan peruntukkan lebih untuk pertanian, sudah tentu boleh hasilkan lebih 4 tan per hektar seperti yang berlaku di Sekinchan dengang penghasilan 10 tan per hektar.


"Jelas pembahagian perbelanjaan untuk pembinaan sampai RM25 bilion ini 'mismatch'," katanya.


Kunci yang terakhir, kata Saifuddin, adalah peruntukan yang berasaskan data.


"Ia mesti melibatkan penggubalan polisi bersifatkan 'data-based solution'. Kalau tidak kita peruntukkan RM28 bilion untuk bantuan sosial kepada rakyat, tapi kesannya tidak terasa.


"Bank Negara kata 75 peratus rakyat kalau berlaku kecemasan tidak mampu sediakan RM1,000 tunai serta-merta. Kalau anak sakit, masuk hospital, berlaku kematian, tetapi mereka tidak mampu datangkan duit untuk selesaikan masalah.


"Justeru, kalau polisi yang kita rangka ini mestilah polisi yang berasaskan data, saya percaya ianya akan menjadi lebih kemas, tepat dan mampu membuahkan hasil," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page