top of page

Baucar Jom Shopping Aidilfitri: Selangor peruntukan RM7.68 juta

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
Feb 25
1 min read

Kerajaan Selangor akan mengagihkan sebanyak 38,400 baucar Program Jom Shopping Perayaan Hari Raya Aidilfitri bernilai RM200 kepada penerima layak tahun ini.


Exco Pembasmian Kemiskinan, V Papparaidu (gambar) berkata, inisiatif untuk membantu keluarga berpendapatan bawah RM3,000 membuat persiapan Aidilfitri itu membabitkan peruntukan keseluruhan RM7.68 juta dan akan diagihkan di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri berkenaan.


Tambahnya, tempoh sah baucar turut dilanjutkan hingga 20 Mac berbanding 18 Mac sebelum ini bagi memberi ruang umat Islam berbelanja sehingga menjelang raya.


"Kerajaan Negeri akan terus memantau dan memastikan pelaksanaan Program Jom Shopping Perayaan ini dilaksanakan dengan rapi demi kelancaran program serta kebajikan rakyat," katanya menerusi kenyataan.


Kenyataan itu menyusul mesyuarat mesyuarat penyelarasan dipengerusikannya bersama pasar raya bagi pelaksanaan program tersebut.


Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM18.48 juta bagi program Jom Shopping tahun ini, termasuk tambahan RM2 juta berbanding tahun lalu, yang memanfaatkan 92,400 penerima sempena Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali.


Selain itu, baucar Jom Shopping Hari Pahlawan Negara bernilai RM200 turut diperkenalkan kepada 8,317 veteran dengan peruntukan RM1.7 juta sebagai tanda penghargaan kepada golongan berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page