top of page

Basmi kemiskinan: Jadikan agenda nasional, libatkan pembangkang - Shamsul Iskandar



Kadar kemiskinan baharu yang diakui oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebanyak 5% berbanding statistik kerajaan sebelum ini sekitar 0.4% amat dialu-alukan.


Namun bagi Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, pengiktirafan kadar kemiskinan baharu itu tidak memberi banyak makna sekiranya kaedah pembasmian kemiskinan selepas ini masih menggunakan pendekatan lama yang tidak berkesan.


"​Keputusan Jabatan Statistik Malaysia untuk menyemak semula paras Pendapatan Garis Kemiskinan (Poverty Line Income) daripada RM980 pada tahun 2016 kepada RM2,208 membuka peluang untuk kita menilai semula dasar-dasar dan strategi membasmi kemiskinan.


"Walau bagaimanapun, saya kesal kerana kerajaan masih melihat penyelesaian kepada isu kemiskinan ini melalui lensa sumbangan kebajikan semata-mata dan tidak secara holistik yang memerlukan pendekatan yang lebih mendasar.

"​Justeru itu, saya menyeru supaya agenda membasmi kemiskinan diangkat sebagai agenda nasional dan dwi-partisan melibatkan kerajaan dan pembangkang," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Shamsul lagi, seawal tahun 2017 Bank Negara Malaysia telah pun memperkenalkan konsep upah sara hidup (living wage) sebagai tanda aras baru bagi menangani isu kemiskinan bandar, terutamanya di Kuala Lumpur. Cadangan ini berdasarkan kajian ke atas penduduk bandar yang memerlukan upah wajar sebanyak RM2,700 bagi bujang, sehingga RM6,500 bagi keluarga berempat untuk mencapai tahap sara hidup minimum merangkumi tempat tinggal, makanan dan pengangkutan.


Katanya, berdasarkan realiti kehidupan semasa, kaedah membasmi kemiskinan tidak hanya boleh dilakukan melalui sumbangan kebajikan dan agihan tunai tetapi perlu menitikberatkan aspek pertumbuhan ekonomi; ​kebolehkerjaan para graduan; ​sistem perkongsian yang lebih adil antara pemodal dan pekerja; ​dasar meningkatkan keupayaan dan produktiviti sektor swasta; ​gaji minima serta dasar yang melibatkan pekerja asing.


"Pada tahun 2018, Bank Negara Malaysia ada menerbitkan makalah menekankan keperluan menilai semula dasar mengenai pekerja asing.


"Dasar kemasukan pekera asing yang tidak adil menyebabkan kebergantungan yang keterlaluan kepada mereka sehingga menekan kadar upah yang wajar diterima oleh pekerja tempatan, terutama para graduan.


"Krisis pendapatan ini (yang menyumbang kepada kemiskinan) tidak akan dapat diselesaikan sehinggalah dasar mengenai pekerja asing dirombak secara besar-besaran," kata Shamsul yang juga Jurucakap Parlimen KEADILAN bagi Pembangunan Luar Bandar


Sehubungan itu, beliau mengingatkan Kerajaan Perikatan Nasional agar tidak memanipulasi kadar kemiskinan sebagaimana dilakukan rejim BN sebelum ini, dan telah mempengaruhi dasar-dasar kerajaan yang tidak efektif serta menyimpang dalam memperbaiki insiden kemiskinan.


"Kesemua isu ini saling berkait dan akan menentukan tahap upah untuk pekerjaan di Malaysia. Peluang pekerjaan dan tahap pendapatan inilah yang akan memainkan peranan membasmi kemiskinan dalam ertikata sebenar, bukan hanya sumbangan kebajikan dan agihan tunai.

"Sepanjang tempoh persidangan Parlimen akan datang, saya akan membangkitkan isu ini dan akan cuba menampilkan wacana yang lebih segar dan mendasar bagi mencari penyelsaian tuntas untuk membasmi kemiskinan dan kesenjangan ekonomi, terutama di luar bandar," kata Shamsul lagi.


Untuk rekod, pada bulan April 2020 yang lalu, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Kemiskinan Tegar telah menerbitkan laporan yang mengkritik garis kemiskinan ditetapkan kerajaan serta tindak-tanduk pemerintah dalam menghadapi isu berkenaan.


Pada angka 0.4%, kadar kemiskinan di Malaysia dianggap sengaja diperindahkan untuk memperlihatkan kejayaan program pembasmian kemiskinan kerajaan BN.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page