Banyak lagi pedalaman di Sarawak tiada keperluan asas - Larry Sng


Masih banyak lagi kawasan pedalaman Sarawak diilihat tidak mempunyai keperluan asas yang mencukupi, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Larry Sng.


Ini selepas ADUN Asajaya, Datuk Karim Hamzah memperlekeh 10 ikrar KEADILAN Sarawak menjelang persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan mengatakan bahawa ikrar-ikrar itu sudahpun dilakukan oleh kerajaan negeri.


Larry bagaimanapun menganggap keperluan asas masih gagal ditangani dengan sewajarnya oleh kerajaan negeri terdahulu, baik kerajaan Barisan Nasional (BN) mahupun kerajaan dibawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS).


"Banyak lagi kawasan pedalaman yang tidak ada keperluan asas dan kemudahan awam seperti bekalan air dan elektrik.


"Mungkin Karim hanya melihat keperluan asas yang diperoleh dikawasannya," katanya seperti dilaporkan oleh The Borneo Post.


Larry yang juga Ahli Parlimen Julau memberi jaminan bahawa isu keperluan asas akan ditangani dengan sewajarnya jika rakyat Sarawak memberikan mandat kepada Pakatan Harapan (PH).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
1638
3
1449
Total
349,610
1286
333,892

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
634,746
6,993
432,526
Total
130,914,490
2,852,527
105,374,969

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER