top of page

Bantuan rakyat, stabil politik, rekod cemerlang separuh penggal Kerajaan MADANI

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 27
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Rekod pentadbiran Kerajaan MADANI yang diterajui Pakatan Harapan (PH) untuk separuh penggal 2022 - 2027 telah menyaksikan kejayaan dalam melaksanakan dasar serta menunaikan janji pilihanraya.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin, kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa janji pilihanraya PH bukanlah sekadar retorik politik tetapi komitmen yang nyata ke arah perubahan.


''Inilah perbezaan antara janji realistik dengan janji populis. Kerajaan hari ini memilih jalan yang susah, tetapi bertanggungjawab demi masa depan rakyat.


''Kerajaan MADANI juga bukan sekadar berjanji ketika pilihanraya, tetapi sudah membuktikan pelaksanaan beberapa komitmen dalam tempoh separuh penggal pentadbiran.


Danish Hairudin
Danish Hairudin

''Antara manfaat yang sudah dirasai rakyat ialah penurunan tarif elektrik mulai 1 Julai 2024, di mana jutaan isi rumah dalam golongan B40 dan M40 menikmati penjimatan bil elektrik sehingga RM187 juta secara keseluruhan.


''Itu merupakan bukti janji dikotakan bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Selain itu katanya, masyarakat juga telah menerima manfaat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dengan lebih 8.4 juta rakyat Malaysia mendapat bantuan tunai secara langsung sehingga kini.


Beliau menyifatkan langkah tersebut sebagai kesinambungan janji kerajaan demi memastikan tiada rakyat yang tertinggal daripada mendapat bantuan.


''Kerajaan juga telah memperkenalkan inisiatif Menu Rahmah dan Jualan Rahmah bagi membantu rakyat mendapatkan makanan mampu milik dengan harga serendah RM5.


''Melalui Jualan Rahmah pula, barangan keperluan harian ditawarkan dengan diskaun sehingga 30% di seluruh negara,'' katanya.


Bukan itu sahaja, Danish yang juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja turut memuji inisiatif Kerajaan MADANI yang sentiasa cakna terhadap kebajikan rakyat.


Katanya, pengekalan harga dan kawalan barang seperti harga ayam, minyak masak peket, serta beberapa barangan asas lain dikawal rapi demi mengelakkan kenaikan harga mendadak seperti yang berlaku pada era pentadbiran PN terdahulu.


''Kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 13% pada tahun 2025 merupakan antara janji yang sedang dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup kelas pekerja dan penjawat awam.


''Selain itu, inisiatif Pengangkutan Awam Mampu Milik turut diperkasa dengan penerusan dan perluasan pas My50 yang bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah menggunakan pengangkutan awam setiap hari,'' katanya yang memuji langkah berkenaan sebagai bukti komitmen Kerajaan kepada masyarakat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page