top of page

Bantah kezaliman Israel: Malaysia hantar delegasi ke persidangan Brussels

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 20
  • 1 min read
Amirudin ditemui pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan 2026 KEADILAN Cabang Gombak, semalam
Amirudin ditemui pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan 2026 KEADILAN Cabang Gombak, semalam

Malaysia bakal menghantar delegasi Ahli Parlimen rentas parti ke persidangan antarabangsa di Brussels, Belgium untuk menyatakan bantahan rasmi terhadap tindakan Parlimen Israel mengenakan hukuman gantung ke atas tahanan Palestin.


Perkembangan itu dinyatakan Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari selepas berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan 2026 KEADILAN Cabang Gombak pada Ahad.


"KEADILAN menghantar dua wakil iaitu Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh dan Ahli Parlimen Balik Pulau Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik untuk menyertai persidangan tersebut.


"Kita juga sedang menunggu nama-nama daripada parti lain. Secara keseluruhan, kita harapkan antara enam hingga lapan Ahli Parlimen akan menyertai konvensyen di Brussels itu nanti," katanya dipetik.


Menteri Besar Selangor itu menjelaskan, penyertaan wakil daripada pelbagai parti bertujuan menzahirkan kesepakatan jitu Malaysia dalam isu kemanusiaan sejagat.


"Saya percaya kesemua wakil ini akan membawa suara hati rakyat Malaysia yang sepakat menentang genosid serta sebarang bentuk kezaliman terhadap sahabat kita di Palestin," tambahnya.


Sementara itu, sebagai mengulas Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, beliau memaklumkan misi bantuan kemanusiaan itu kini sedang menghampiri wilayah Sicily di Itali setelah berdepan kelewatan akibat faktor cuaca.


"Insya-Allah, saya akan kembali ke sana untuk menyertai semula misi tersebut selepas sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri selesai," kata Amirudin yang juga Menteri Penaung misi tersebut

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page