Banjir Kelantan: Semua pihak bersatu, ketepi fahaman politik
- Suara Keadilan

- Dec 28, 2023
- 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid
Keadaan banjir di Kelantan agak dahsyat dan memerlukan keprihatinan daripada semua pihak.
Bagi Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin malapetaka tersebut mengharuskan semua pihak untuk berganding bahu membantu mangsa dan mengenepikan fahaman politik sama sekali.
"Sama-sama (kita) doakan mangsa banjir monsun timur laut di Kelantan dipermudahkan. Kita semua bersama membantu negeri Kelantan.
"Musibah menimpa, perbezaan fahaman politik diketepikan seketika," katanya menerusi ciapan di aplikasi X.

Menurut Shamsul, lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi meninjau perkembangan situasi banjir yang melanda negeri itu telah melihat sendiri keadaan bencana yang kian memburuk
Ketibaan PM dan rombongan, katanya disambut oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
"Keadaan terkini di negeri Kelantan terutama Pasir Mas semakin memburuk.
"Mangsa yang terlibat kini mencecah 21,252 di seluruh negeri Kelantan setakat jam 12 tengah hari tadi. Kesemuanya ditempatkan di 67 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
"Pasir Mas paling ramai iaitu 18,293 mangsa. Bacaan paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang pula masih berada pada tahap amaran," jelasnya lagi.




Comments