Banjir terburuk yang melanda Selangor mendedahkan betapa lembabnya agensi Kerajaan Persekutuan menghulurkan bantuan.
Biar pun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan pasukan keselamatan menggunakan aset milik mereka untuk menyelamatkan rakyat atau membekalkan makanan kepada mangsa banjir, namun tidak banyak operasi penyelamatan yang dibuat menggunakan aset berkenaan dalam tempoh 48 jam.
Malah di kawasan Sri Muda, Shah Alam yang paling teruk ditenggelami banjir, sehingga 2 hari malapetaka bantuan dari pasukan keselamatan masih tidak tiba.
Bantuan hanya diberikan melalui aset Kerajaan Negeri Selangor yang terbatas. Malah tinjauan Exco dan sukarelawan Selangor beberapa kali ke kawasan penduduk terperangkap, sama ada di sekolah atau tingkat atas bangunan mendapati mereka tidak diberi makanan oleh pasukan bantuan Kerajaan Persekutuan, sementara menunggu masa dikeluarkan ke pusat pemindahan.
Semalam, tular video mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan yang tidak berpuas hati kerana bantuan peralatan peribadi dan makanan lambat tiba dari agesi Persekutuan.
"Kami mengharap bantuan dari dermawan, kerajaan di mana? Apa tanggungjawab anda?
"Kami memilih anda untuk menjaga keselamatan kami, nyawa kami. Itu yang utama. Kami ditimpa bencana. 3 hari di sini. Kami hanya dapat bantuan dari dermawan. Tolong. Mana Majlis Keselamatan Negara?
"Mana Jabatan Kebajikan Masyarakat? Tolong. Di sini saya nampak anggota polis. Terima kasih polis. Anggota bomba. Terima kasih. Anggota Rela. Terima kasih dan lain lain sukarelawan," kata seorang lelaki di hadapan mangsa banjir dalam klip video berdurasi 44 saat itu.
Manakala netizen yang mempunyai keluarga yang 'tersadai' di tingkat atas rumah atau bangunan tinggi terus mengecam pentadbiran Ismail Sabri yang lembab.
Dalam tinjauan Exco Selangor, Ir Izham Hashim ke kawasan Seri Muda pula amat mengejutkan kerana mendapati jumlah mangsa banjir yang terperangkap mencecah ribuan orang.
"Alangkah terkejutnya saya apabila meninjau di dalam taman berkenaan bahawa bukan setakat ratusan malah mungkin ribuan lagi yang “stranded” dan kelaparan.
"Tanpa bekalan air dan elektrik tentu amat sukar kehidupan mereka tambahan pula jikalau ada yang sakit, yang nak bersalin atau ada anak kecil,” kata beliau.
Malangnya usaha untuk mengeluarkan mangsa, kata Izham, sukar dilakukan kerana bot yang kurang sesuai dan kerap tersangkut di bumbung kereta, serta operasi waktu malam yang merbahaya kerana kawasan berkenaan gelap gelita.
kegagalan kerajaan negeri urus banjir sangat memalukannnnnn. jgn salahkan org lain bila diri sendiri punca rakyat tunggu atas bumbung tak diselamatkan.
kerajaan negeri lembap. dah lah tak prepare . tak ada dril kecemasan. tak baikki pintu air. tak prepare boat2 penyelamat. dok bising pahal. di selangor, byk beribu ada crane besar. back ho berlambak. pa hal ko tak minta mereka dtg? boleh clear jln2 yg terkandas.
exco negeri dtg berlenggang ke. ko bawalah foods. pa hal nk salah kn jkm. jkm prepare foods di pps lah. berlambak
Let's be sincere and rational. Now it's not the time to point finggers, let's coordinate it together. The same can be said to state gov if both side want to play hero card. This is not they time, in sha ALLAH we all will be judge based on our good deeds not based on claims who's do and do not do.