top of page

Bahasa bukan halangan, mesej lawan rasuah keutamaan - Zunar



Penerbit Eksekutif filem Anwar: The Untold Story, Zulkiflee Anwar ul Hague atau Zunar yang menjadi pencetus awal kepada filem tersebut berharap masalah bahasa tidak akan menjadi masalah kepada penonton untuk menonton filem berkenaan.


Katanya, filem itu dibuat menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya tetapi terdapat beberapa babak yang mana dialog pelakonnya berbunyi mirip Indonesia.


"Kita perlu tahu sejarah filem ini dibuat, ketika itu kita hadapi kesulitan. Datuk Seri Anwar masih tokoh pembangkang, jadi kita menghadapi kesulitan untuk membuat produksi di sini. Kita memutuskan untuk membuat kerjasama Malaysia - Indonesia. Jadi kita lihat ada sebutannya berbeza tetapi bahasanya sama. Tidak ada bahasa Indonesia.


"Semua bahasa Malaysia yang difahami oleh orang Malaysia. Saya harap kita faham situasi ini. Saya ucap teima kasih kepada rakyat Indonesia yang turut mendukung filem ini," katanya dalam sidnag media malam tadi apabila ditanya mengenai telor Indonesia yang jelas pada dialog filem berkenaan.


Bagaimanapun, menurut Zunar, mesej utama filem tersebut ialah anti rasuah. Hal itu katanya merupakan perkara yang perlu menjadi daya penarik penonton ke pawagam.


"Cita cita saya satu sahaja, untuk mengangkat cerita yang ramai orang tidak tahu dan ada kualiti tentang melawan rasuah itu


"Kebanyakan orang bercakap lawan rasuah tetapi apabila berhadapan (dengan situasi tertentu) mereka mengambil.


"Dia (Anwar) tetap tegas, walau bersendirian (melawan rasuah). Ini kualiti yang kita perlu angkat sebagai lawan rasuah. Ada orang kata rasuah hadiah, sedekah. Saya rasa ini penting ia diangkat, pendidikan melawan rasuah," katanya.


Bagi pelakon utama filem tersebut, Farid Kamil pula beliau berasa bersyukur jerih perih dan kesukaran bersama rakan rakan akhirnya terbayar apabila Datuk Seri Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Tanpa perubahan politik itu, katanya, bukan sahaja filem tersebut tidak akan ke pawagam malah mungkin beliau juga tidak kembali ke Malaysia.


"Saya bersyukur akhirnya filem yang saya sendiri nanti nantikan dapat ditayangkan malam ini. Saya dapat rasakan betapa kepayahan ketika kami bersetuju untuk memulakan penggambaran filem ini


"Ia sebuah filem, tetapi pembikinan dia tidak mendapat restu. Saya sendiri pun terpaksa merahsiakan pemergian ke Indonesia. Sehinggalah penggambaran tamat dan Datuk Seri Anwar menjadi PM Malaysia dan filem itu siap.


"Pulangnya saya ke Malaysia itu sebenarnya membawa perasaan yang amat lega. Masa saya pergi itu, saya beritahu isteri saya kemungkinan besar kita akan pindah ke sana. Tetapi Alhamdulillah Allah masih memberi saya peluang berada di Malaysia," katanya.

Viva Westi (kanan) pada sesi preview filem Anwar

Manakala Viva Westi pula lega selepas dua tahun berusaha menyiapkan filem berkenaan, ianya berhasil.


Malah katanya, hampir 180 minit durasi filem terpaksa dipotong kerana sukarnya meringkaskan jalan cerita perjalanan sejarah selama puluhan tahun kepada hanya sejam lebih.


Bagi Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, dengan ditayangnya filem tersebut di Malaysia sejarah sebenar akan terungkap. Ia akan memberi gambaran apa yang berlaku 24 tahun lalu.


Katanya, filem itu boleh menjadi naratif atau dokumentari sejarah menolak keras tuduhan yang memburuk burukkan Anwar sebagai tidak bermoral dan sebagainya selepas saga 1998 serta mengapa majoriti rakyat menyokong gerakan reformasi selepas itu.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page