Oleh: Abdullah Zaid
Isu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang dilepas tanpa dibebas (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru baru ini bakal dijawab oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said (BN - Pengerang) memberikan jaminan PM akan menoktahkan segala cakap-cakap berhubung keputusan DNAA Datuk Seri Zahid di Parlimen, petang esok.
Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, sesi tersebut berkemungkinan bermula pada jam 2.30 petang.
"(Ahli Parlimen) Kota Bharu bertanyakan sama ada Perdana Menteri akan menjawab sebab tuan badan ada di sini, buat bagi tangan ‘Good’ itu dia akan jawab esok inshaAllah jam 2.30 hingga 3 petang.
"Jadi soalan-soalan itu boleh tanya kepada Perdana Menteri, tetapi komitmen daripada kita akan menentukan kita perlu berlaku adil,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini, Suara Keadilan melaporkan, Hasan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) menggesa PM memberi penjelasan sendiri menerusi sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) berhubung keputusan DNAA Datuk Seri Zahid Hamidi di Parlimen.
Penjelasan, katanya, wajar dibuat supaya blok pembangkang dan barisan banckbencher (penyokong kerajaan) dapat memahami dengan lebih jelas berhubung tuduhan membabit 47 kes rasuah ke atas Timbalan Perdana Menteri itu.
"Untuk berlaku adil supaya sahabat di blok pembangkang dan kami di backbencher (penyokong kerajaan), mahu dengar daripada Perdana Menteri sendiri supaya isu ini boleh dinoktahkan," ujar Hassan dipetik.
Comments