top of page

ASF: Tindakan di peringkat daerah Nibong Tebal diadakan



Satu mesyuarat bakal diadakan antara Pusat Khidmat Rakyat Nibong Tebal bersama Pejabat Daerah dan Tanah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) hari ini bagi membincangkan kebimbangan penyakit demam babi Afrika atau ‘African Swine Fever’ (ASF).


Fadhlina Sidek yang merupakan wakil rakyat kawasan Parlimen itu berkata, mesyuarat diadakan bagi membincangkan langkah pengurusan secara terperinci dalam memastikan kesihatan dan keselamatan penduduk setempat terjamin.


"Perkara ini telah diambil secara serius selaras dengan pengumuman Ketua Menteri (Chow Kon Yeow) sebelum ini yang mana beliau sendiri melihat isu ini bukan lagi sebagai isu daerah atau isu kawasan, tetapi sebagai isu keutamaan negeri.


"Saya difahamkan jawatankuasa yang akan melihat isu ini akan diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.


"Di pihak pejabat (Parlimen Nibong Tebal) pula kami akan adakan mesyuarat bersama Pejabat Daerah dan Jawatankuasa Bencana Negeri Pulau Pinang untuk meneliti tindakan selanjutnya yang akan diambil bagi menangani isu ini dengan memberi nasihat mengenai kawalan, keadaan serta keselamatan," katanya.


Media sebelum ini melaporkan satu kes ASF dikesan menjangkiti babi di sebuah ladang babi di Sungai Bakap.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang dilapor sudah melaksanakan langkah-langkah pencegahan di ladang itu, termasuk menghapuskan haiwan terbabit serta menghentikan operasi kenderaan pengangkutan babi rentas negeri bagi menghentikan penularan.


Sementara itu Fadhlina menggersa orang ramai memberi kepercayaan kepada agensi kerajaan untuk menguruskan isu tersebut selain tidak membuat andaian atau provokasi bagi mengelakkan situasi tidak diingini berlaku.


"Situasi terkawal dan saya mohon semua pihak tidak bimbang kerana kerajaan negeri dan agensi kerajaan terlibat sedang melakukan yang terbaik demi masyarakat di sini," kata beliau yang juga Menteri Pendidikan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page