top of page

Artikel Hj Hadi boleh cetus ketidaktenteraman, penyokong PH buat laporan polis


Artikel Presiden Pas, Hj Hadi Awang yang menyifatkan berlaku politiking untuk menyingkirkan Islam di Malaysia oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika berkuasa beberapa tahun lalu, mampu menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat.


Sehubungan itu, penyokong Pakatan Harapan membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.


Menurut Setiausaha Politik Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, Nor Misuari Ramli, artikel yang disiarkan Harakahdaily tersebut dianggap boleh menimbulkan kebencian dalam kalangan penyokong parti dan masyarakat umum.


"Kami mantan pegawai-pegawai menteri kerajaan PH membuat laporan polis ke atas artikel bertajuk 'politiking untuk menyingkirkan Islam' yang telah ditulis Presiden Pas, Hj Hadi.


"Telah diterbitkan pada 30 Julai 2021. Kami berpandangan artikel tersebut boleh menghasut dan menyebarkan kebencian serta berunsur fitnah terhadap kerajaan PH yang lalu.


"Tulisan dalam artikel tersebut juga bertujuan mendakwa kerajaan PH melumpuhkan Islam dan umatnya supaya leka dan menjadi syaitan bisu," katanya.


Menurut Nur Misuari, artikel berkenaan boleh menyebabkan seseorang mungkin melakukan kesalahan terhadap negara atau ketenteraman awam dan berniat mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan kesalahan terhadap kaum lain.


"Ini merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, ia juga mengancam atau mengugut serta satu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia


"Artikel tersebut juga menimbulkan kebencian tidak berasas dan tidak rasional kepada rakyat serta membahayakan penyokong kerajaan PH. Walaupun kerajaan PH yang lalu gabungan parti politik yang telah mendapat undi popular dan menang dalam PRU 14.


"Arikel tersebut dibuat dengan niat menimbulkan kebencian ke atas PH, memfitnah kerajaan PH dan pemimpinnya juga membangkitkan kemarahan orang Melayu dan Islam," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page