top of page

Anwar pastikan isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 diselesaikan melalui MoU



Isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah menjadi duri dalam daging bagi hubungan antara Malaysia Timur dan Semenajung sejak beberapa dekad lalu, terutama dari segi pembahagian hasil bumi dan percukaian yang dianggap merugikan Sabah dan Sarawak.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad akan menyelesaikan isu berkenaan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH).


Ketua PH itu berharap pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan lebih banyak kuasa dan menjadikan kedud-dua negeri sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia boleh diluluskan dalam sesi sidang Dewan Rakyat bermula 25 Oktober ini.


"Saya ingin tegaskan bahawa saya akan melakukan sedaya upaya saya untuk memastikan isu Perjanjian Malaysia 1963 akan diselesaikan, dan saya berharap dengan penambahan usul ini dalam Memorandum Persefahaman akan menjadi titik permulaan yang baik untuk rakyat Sabah dan Sarawak," kata Anwar di Facebooknya.


Isu MA63, terutama mengenai status rakan kongsi setaraf pernah cuba diselesaikan oleh kerajaan PH pada 2019 lalu. Namun pindaan Perlembagaan yang memerlukan sokongan 2/3 majoriti itu tidak berlaku apabila Gabungan Parti Sarawak enggan menyokong usul berkenaan.


Bagaimanapun dengan MoU dan blok Perikatan Nasional serta PH menyokong, diharapkan MA63 boleh dipinda kali ini yang membolehkan hasil royalti dan pengembalian hasil cukai lebih banyak kepada kedua-dua negeri.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page