top of page

Anwar kesal gaji KM, ADUN Sabah dinaikkan ketika ekonomi perit

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jul 20, 2022
1 min read


Keperitan ekonomi rakyat Malaysia seharusnya menjadi fokus utama untuk diatasi, bukan menaikkan gaji kalangan ahli politik yang mentadbir negeri.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam meluluskan usul menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta anggota pentadbiran negeri yang akan berkuatkuasa dalam beberapa waktu mendatang.


"Saya kesal dengan keputusan ini sedangkan rakyat bergelut dengan permasalahan kos sara hidup yang tinggi.


"Saya ingin mengingatkan semua pemimpin agar sentiasa mementingkan kebajikan rakyat berbanding kepentingan diri mereka, terutamanya waktu yang sangat memprihatinkan saat ini," katanya.


Justeru itu, Anwar mahu kenaikan tersebut ditarik balik dan dana seharusnya digunakan untuk menjaga kebajikan rakyat sehingga ekonomi pulih.


"Saya menggesa keputusan ini tidak diteruskan dengan mengambilkira kesusahan dan kepayahan rakyat," katanya lagi.


Persidangan DUN Sabah semalam meluluskan usul menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran negeri yang lain.


Usul Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) (Pindaan) 2022 itu dicadangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan telah diluluskan dengan suara terbanyak.


Berikutan itu saraan Ketua Menteri yang sebelum ini RM23,595 sebulan dinaikkan kepada RM33,033; Timbalan Ketua Menteri RM20,872.50 (RM29,221.50); Menteri RM16,335 (RM22,869); Speaker DUN RM16,335 (RM22,869); Pembantu Menteri RM12,705 (RM17,787); Timbalan Speaker DUN RM12,705 (RM17,787); ADUN RM7,950 (RM11,130); dan Setiausaha Politik RM5,445 (RM7,623).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page