top of page

'Anggota KEADILAN semakin bijak, perlu dengar suara akar umbi'



Pemilihan KEADILAN 2022 mungkin lebih sukar dalam meraih undi anggota berbanding siri pemilihan terdahulu.


Bagi calon Ketua Cabang KEADILAN Jelebu, Yuz Mazmi Mohd Yusof (gambar kiri), anggota parti dewasa ini jauh lebih bijak malah di peringkat cabang sekali pun. Oleh itu, katanya, para calon perlu sering mendengar keluhan mereka dan dilihat membuat kerja.


"Anggota KEADILAN hari ini bijak. Pada saya kehendak mereka mudah. Dengar keluahan mereka, kalau keluhan mereka tak mahu didengar maka kita tidak meyakinkan mereka


"Anggota di Jelebu ini misalnya bijak menilai dan tak perlu ada cai. Mereka boleh lihat prestasi pemimpin. Siapa nak jadi naib, majlis pimpinan pusat dan sebagainya. Mereka bebas memilih," katanya dalam bualbicara yang dimoderatorkan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang bertandang ke Negeri Sembilan baru baru ini.


Menurut Yuz, untuk mendapat undi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 juga situasinya lebih mencabar berbanding PRU 14 kerana kali ini Pakatan Harapan mempunyai bebanan rekod dikhianati dan rakyat merasakan tidak selamat mengundi seseorang calon.


"Terus terang dalam konteks politik selepas Langah Sheraton, menjadi tanda tanya orang Jelebu ialah calon yang akan bertanding nanti dalam pilihan raya. Kita kena yakinkan mereka yang kita bersungguh sungguh untuk laksanakan agenda PH dan tidak khianat.


"Kita kena yakinkan pengundi yang mengundi kita pada 2018 untuk kembali meletakkan keyakinan kepada KEADILAN dan PH. Saya ingat hari ini mereka yang Atas Pagar telah pun balik ke kedudukan di Atas Pagar," katanya.


Seorang lagi aktivis politik tempatan, Fendi Malik (gambar kanan), calon Naib Ketua Cabang Port Dickson melihat kepimpinan KEADILAN Negeri Sembilan perlu lebih agreasif menjelang PRU 15 untuk mendapatkan sokongan rakyat, kerana katanya, rakyat mahukan yang terbaik berbanding BN.


Menurut beliau, Umno dengan media dan unit propaganda yang kuat perlu dihadapi oleh pemimpin KEADILAN Negeri Sembilan dengan kualiti kepimpinan peringkat nasional dan bukannya setakat mampu menjaga negeri.


"Saya kira jawapan saya sebagai pemimpin muda ialah lihat sentimen di Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor. Kita yakin jika kita tidak tangani sentimen rakyat dengan baik maka akan berlaku sebagaimana berlaku di Melaka.


"Ia telah jadi satu triger kepada N Sembilan. Respon kepada pimpinan cabang mereka mahukan perubahan. Keadilan di N Sembilan seolah olah tidak agreasif.


"Kita tahu BN mempunyai sejarah panjang menggunakan media, penindasan. Kita perlukan pimpinan ke depan yang mempunyai visi dan misi," katanya.


Ditanya mengenai perlukah debat dijadikan budaya politik sebagaimana debat calon Ketua Angkatan Muda dan calon Timbalan Presiden, Fendi amat bersetuju ia dijadikan salah satu rutin berpolitik.


Katanya, dengan adanya debat minat politik rakyat dapat dijana selain menonjolkan kebolehan calon memberi idea idea baharu untuk membangunkan parti.


"Apa sahaja perkara yang boleh didebat seharusnya diperdebatkan supaya masyarakat boleh memahami sesuatu isu dan boleh mendalami sesuatu perkara. Pandangan debat bukan budaya kita adalah agenda pembodohan. Kita dalam KEADILAN sentiasa membudayakan debat ini, walaupun bertanding ketua cabang pun kalau boleh kita nak debat. Ahli kita sanggup untuk berdebat.


"Kalau boleh kita galakkan debat ini di peringkat akar umbi. Kita anjurkan untuk mencelikkan politik. Rakyat harus celik politik maka mudah informasi kita sampaikan.


"Yang jadi masalah apa dimainkan (propaganda perkauman) oleh Umno menyebabkan rakyat letih. Bila letih politik mereka tak mahu keluar mengundi, anak muda tak ambil port. Bila keadaan ini berlaku pemimpin yang tidak sepatutnya naik maka diangkat (dalam pilihan raya)," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page