top of page

AMK Sarawak bantah PRN Sarawak sebelum tamat tempoh darurat


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak membantah sekeras-kerasnya sebarang rancangan untuk mengadakan pilihan raya negeri sebelum Februari 2022 iaitu tarikh luput darurat yang telahpun ditetapkan lebih awal.


Ini setelah khabar angin bertiup kencang bahawa proklamasi darurat negeri Sarawak akan ditamatkan dengan lebih awal untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri Sarawak diadakan dalam masa terdekat.


Ketua AMK Sarawak, Saifunnizam Sam dan Timbalan Ketua AMK Sarawak, Chiew Choon Man berpendapat sedemikian setelah mengamati keadaan semasa di mana negara yang masih berada dalam peperangan melawan pandemik Covid-19 yang mana kadar kebolehjangkitan jangkitan virus tersebut masih tinggi ketika ini, khususnya di negeri Sarawak.


"Walaupun kadar vaksinasi di negara kita secara puratanya telah berada pada kadar 90 peratus, kita tidak boleh mengambil ringan terhadap risiko-risiko penularan wabak penyakit Covid-19, terutamanya apabila varian Delta yang mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi masih berleluasa di negeri Sarawak.


"Malah, pemberian dos ketiga baru sahaja dimulakan dan pemberian dos penggalak tersebut ketika ini hanya diberikan kepada petugas barisan hadapan dan warga emas yang mempunyai morbiditi terlebih dahulu.


"Sejarah yang berlaku di negeri Sabah pada tahun lalu yang membuka ruang kepada gelombang baharu penularan pandamik ini harus dijadikan sebagai pengajaran kepada semua khususnya kerajaan negeri Sarawak hari ini," katanya.


Oleh itu, AMK berpandangan, fokus utama kerajaan negeri Sarawak seharusnya menangani pandemik Covid-19.


"Dalam ketiadaan keperluan terdesak, AMK Sarawak menuntut agar kerajaan negeri Sarawak di bawah pentadbiran GPS menangguhkan sebarang rancangan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri dalam masa terdekat demi mengurangkan risiko yang boleh dielakkan," katanya.


Pada masa sama, AMK Sarawak juga meminta Ketua Menteri Sarawak supaya mempertimbangkan dengan cermat dan mengutamakan nyawa serta kesihatan rakyat negeri Sarawak dan bukan sebarang percaturan politik dalam membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya negeri dalam masa terdekat.


"Ketua Menteri Sarawak seharusnya tidak mengikut tingkah laku rakan sekutu mereka iaitu Umno, PAS, Bersatu dan komponen parti lain dalam Perikatan Nasional yang sanggup memperjudikan nyawa dan kesihatan rakyat demi agenda politik diri di Sabah dan Melaka," katanya.


AMK Sarawak juga mengingatkan bahawa pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pengundi secara automatik hanya akan berlangsung pada 31 Disember 2021.


"Oleh yang demikian, kerajaan negeri seharusnya memberi ruang kepada kepada pelaksanaan pembaharuan ini yang telah menjadi persefahaman nasional dalam pilihan raya negeri yang akan datang.


"Sebarang usaha mengadakan pilihan raya sebelum 31 Disember 2021 sebenarnya merupakan cubaan untuk menyekat hak mengundi dan suara anak muda dalam pilihan raya negeri kali ini.


"Malah ia juga dilihat sebagai usaha untuk menafikan keberanian usaha anak-anak muda Sarawak yang telah memenangi semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Sarawak baru-baru ini," katanya.


Oleh yang demikian, AMK Sarawak menyeru agar kerajaan negeri Sarawak menjelaskan pendirian dan ketetapan bahawa pilihan raya negeri hanya akan diadakan selepas darurat ditamatkan pada Feburari 2022 dan apabila keadaan lebih terkawal.


"AMK Sarawak berharap agar tumpuan yang lebih serius dapat diberikan terhadap usaha-usaha, untuk memerangi Covid-19 dan memulihkan ekonomi negeri.


"Jangan hanya kerana kuasa politik, GPS sanggup memperjudikan nyawa dan keselamatan rakyat Sarawak," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page