Pelaburan gergasi teknologi digital Amazon Web Services (AWS) diberitahu menunggu sehingga politik Malaysia stabil sebelum membuat keputusan untuk melabur di negara ini.
Hal itu dijelaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) menjawab soalan Ahli Parlimen Sim Tze Tzin (PH - Bayan Baru) berkenaan pelaburan Amazon dalam sesi tanya jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat pagi tadi.
Menurut Anwar, biar pun negara memiliki tenaga kerja mahir namun tidak cukup bagi pelabur antarabangsa. Katanya, suasana politik yang stabil juga diambil kira selain dasar ekonomi yang jelas.
"Khususnya dalam konteks AWS dan Tesla, saya harus jelaskan, rundingan sejak 2019 dan diteruskan. Amazon menunggu sehingga berlaku pentadbiran politik yang stabil dengan dasar dan arah (ekonomi) yang jelas
"Ini yang menyebabkan akhirnya mereka menghubungi kami dan menyatakan kerana politik yang stabil dan dasar ekonomi, menyebab Amazon memilih Malaysia sebagai pengkalan mereka," katanya.
AWS baru baru ini mengumumkan untuk melabur sebanyak RM25.5 bilion menjelang 2037 di Malaysia.
Pelaburan itu, menurut Anwar akan menjadikan Malaysia hab serangau bagi perkhidmatan clouds AWS bagi sektor Asia tenggara.
"AWS ini dipelawa oleh kebayakan negara ASEAN dan memilih Malaysia. Bermakna (kemasukan gergasi industri itu) menambah keyakinan kemasukan beberapa pelabur baru dari Barat dan Timur.
"Ini juga akan memberikan peluang kepada peniaga tempatan kerana ia melibatkan pendekatan canggih kerana melibatkan clouds yang berpengkalan di Malaysia. Ia akan mewujudkan peluang pekerjaan berpengetahuan tinggi yang menjadikan fokus pelaburan sekarang ini," katanya.
Selain itu Anwar juga berkata, kerajaan akan mempercepatkan urusan untuk menjalankan perniagaan di Malaysia bagi syarikat asing yang sebelum ini mengambil masa sehingga setengah tahun, kepada tempoh yang amat pendek sesuai amalan di negara Asia lain.
"Kita juga akan permudah dan dipercepat, supaya iklim pelaburan itu tidak terhad kepada satu tetapi diperluaskan terutama dalam bidang teknologi maklumat. Pendekatan baharu akan diumumkan dalam pelan induk peridustrian baharu 2030 yang akan diumumkan dan dibentangkan pada suku ketika 2023 ini," katanya lagi.
Comments