top of page

Alih peruntukan setengah bilion ringgit ke veteran tentera, tangguh bina kapal - Anwar



Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Littoral Combatant Ship (LCS) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia yang tidak berjaya disiapkan sejak 2010 haruskan dihentikan dan siasatan dimulakan.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM500 juta yang diperlukan untuk meneruskan projek berkenaan, yang tidak dapat dipastikan jangka waktu siap.


Sebaliknya kewangan itu, katanya, boleh digunakan untuk membantu rakyat miskin terutamanya veteran tentera yang terabai.


"Saya menuntut kerajaan, untuk fasa berikutnya mesti dihentikan. Kalau nak review kemudian. Belanja RM6 bilion (yang telah dibayar daripada RM9 bilion keseluruhan), ke mana wang itu kita tak tahu?


"Ini setengah bilion harus dimanfaatkan oleh golongan berpendapatan rendah terutama pesara tentera, veteran yang sekarang buat tuntutan yang banyak dari kerajaan


"Jawapannya kerajaan wang tak ada. Saya bagi jawapan, RM500 juta sedia ada dan belanjakan untuk rakyat yang memerlukan," katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.


Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu Malaysia tidak boleh terus menerus dibelit skandal. Atau setiap kali Kementerian Pertahanan meluluskan projek besar maka akan ada skandal.


"Negara ini tidak boleh berterusan ada skandal. Ambil projek besar ada skandal, projek besar skandal. Ini apa punya negara?


"Ambil duit rakyat mentekedarah terus menerus begini dan Menteri beri jawapan dalam siasatan. Berapa lama siasatan?


"Bagaimana negara yang terhimpit tekanan ekonomi mengizinkan hal ini berlaku? Setakat yang kita mampu, kalau belum mula hentikan. Kalau ini berkaitan strategi keselamatan dan pertahanan, kenapa tidak fikir dari awal pada 2010 masa mula.


"Saya harap perkara ini bukan sahaja diambil tahu Ahli Parlimen tetapi juga veteran tentera," katanya.


Sebelum itu, Anwar telah membariskan berkali kali beliau membangkitkan isu LCS di Dewan Rakyat sejak 5 Oktober 2021 mengenai proses tender, Menteri enggan menjawab; 10 Mac 2022 berhubung butiran palsu kontrak RM64 juta, dijawab serah ke SPRM, dan 21 Mac 2022, pertanyaan di dewan ditolak kerana Menteri tidak hadir.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page