top of page

Akuan media sosial PM digodam pun kerajaan masih diam bab keselamatan siber negara?



Penggodaman akaun Telegram Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Negara Datuk Seri Saifuddin Abdullah dianggap penghinaan terhadap keselamatan rangkaian internet negara.


Menurut netizen, jika akaun PM dan Menteri pun boleh digodam maka maka tidak hairanlah pada bila bila masa akaun rakyat biasa menjadi mangsa penggodaman dan penipuan kewangan atas talian.


Bagi ADUN Semambu, Lee Chean Chung, penggodaman terbaharu ini sepatutnya menjadi loceng amaran kepada Kerajaan BN - PN untuk mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jawatankuasa Khas Jenayah Siber (NACSA) mengambil tindakan sewajarnya.


"Tidak sepatutnya kerajaan hanya meminta orang ramai melaporkan isu penggodaman kepada pihak berkuasa. Tindakan kelakar itu mencerminkan kekurangan kesedaran dan perhatian terhadap keselamatan siber di kalangan anggota kabinet.


"Rakyat biasa mesti sangat cemburu dengan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kerajaan kerana hanya akaun Telegram saja digodam maka mendapat liputan media dan perhatian daripada seluruh rakyat. Sedangkan akaun bank rakyat biasa yang digodam, digunakan tanpa pengetahuan serta mengalami kerugian yang serius tidak dapat belas kasihan daripada mana-mana pihak," katanya dalam kenyataan.


Tambah Chean Chung, menteri hanya membuat bising selepas akaun mereka digodam. Walaupun sejak beberapa tahun kebelakangan ini keselamatan internet dan siber telah menjadi amat membimbangkan dengan statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis menunjukkan dalam 7 bulan yang lalu sebanyak 5,940 kes penipuan atas talian dan pancingan data telah berlaku.


Jumlah kerugian pula mencatat sebanyak RM 112.1 juta tetapi Kerajaan tidak mengambil tindakan drastik untuk mengawal isu yang berleluasa tersebut.


"Walaupun banyak rungutan telah dibuat, tetapi saya amat berharap selepas ini kerajaan akan mengambil tindakan segera dengan mengumumkan cara untuk menangani isu keselamatan internet dan siber negara.


"Sindiket penipuan telah berkali-kali menggunakan nama Bank Negara, pihak polis atau pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri, malah secara terang-terangan menyalahguna lencana institusi berkenaan untuk menjalankan penipuan tetapi tindakan pihak berkuasa sebelum ini seperti mencurah garam ke dalam laut.


"Mungkin selepas Perdana Menteri menjadi mangsa, wujudnya sedikit sinar dan harapan agar isu ini diperbaiki dan diselesaikan. Inilah ‘double standard’ yang dipraktikkan oleh Kerajaan BN-PN," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page