top of page

Aktifkan kembali Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat - AMK


Kerajaan digesa untuk mengaktifkan semula Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat dalam usaha memperkuatkan penglibatan masyarakat dalam usaha membanteras salah laku, rasuah dan penyelewengan.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir berkata badan itu amat diperlukan bagi menyediakan saluran yang tepat untuk melaporkan salah laku.


"Kenyataan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri yang menyaran agar laporan dibuat menggunakan saluran yang tepat seolah-olah beliau tidak memahami apa yang berlaku kepada Asri Janggut dan juga nasib pemberi-pemberi maklumat yang lain.


"Permasalahan ini seperti tiada tindakan diambil terhadap aduan yang dikemukakan atau yang lebih malang apabila maklumat si pengadu yang bocor sehingga mendatangkan risiko kepada pemberi maklumat bukanlah sesuatu perkara yang baru.


"Pengalaman dalam pendedahan kes-kes salah laku NFC, 1MDB, MARA, Tabung Haji dan lain-lain seperti yang didedahkan oleh sdr Rafizi atau saya sendiri dalam pendedahan penyelewengan YaPEIM sebelum ini, pemberi maklumat telah mencuba saluran rasmi dan pendedahan kepada umum merupakan jalan yang terakhir.


"Gesaan agar Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Whistleblowers Protection Act) perlulah diambil serius dengan mengambil semua pandangan secara holistik," katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan yang dibuat Asri mengenai premis perjudian haram dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh.


Pada masa sama, Akmal menegaskan isu aktiviti haram perlu diteliti dengan lebih mendalam.


"Kita kena akui, kegiatan jenayah akan terus wujud dalam masyarakat dan peranan pihak Penguatkuasa seperti PDRM, SPRM, PBT dan lain-lain amat diperlukan.


"Cuma kelazimannya, apabila keadaan lebih reda, isu ini akan berlalu begitu sahaja sekiranya kita tidak terus memperjuangkannya.


"Maka, kesedaran awam mengenai usaha pembanterasan aktiviti perlu dilakukan sepanjang masa dan masyarakat dilibatkan bersama," katanya.


Malah, Akmal juga menyarankan supaya peruntukan tambahan untuk agensi-agensi penguatkuasaan dipertimbangkan dari semasa ke semasa.


"Ini terutamanya melibatkan peningkatan kemahiran, penggunaan teknologi serta kebajikan anggota polis, SPRM secara amnya.


"Sekiranya undang-undang sedia ada tidak mencukupi, maka perlulah dilibatkan pembuat-pembuat dasar secara keseluruhan, tidak kira kerajaan atau pembangkang.


"Bebanan ini perlu dipikul bersama demi keadaan masyarakat yang lebih baik," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page